Sunday, August 14, 2011

Shoot By Syazwan Tahir



Caridee featuring Amanda
(ANTM cyle 7)



Nicole Linkletter
winner of ANTM cycle 5



Nampak tak pic  Ohsem yg terpapar kat atas tu? sangat ohsem kan? itulah gambar yg dihasilkan melalui FOTOGRAFI, ok bidang fotografi nie semakin mendapat tempat di kalangan anak2 muda kt mesia nie.....pendek kata sekarang semua anak2 muda kt mesia nie ade camera DSLR ( Digital Single Lens Reflex), cousin aku ckp "tak main la kamera digital nie....semua dh pakai DSLR."  ( hek eleh,poyo je cousin aku nie,mentang2lah dah pakai DSLR =,="). Nowadays (opps terkeluar english plak..tehee... :p) banyak IPTA & IPTS kat negara malaysia yg tercinta nie dah offer kursus fotografi..di peringkat diploma dan ijazah. 


ok sekarang nak tanya korang...what is definition of photography? kalau korang dapat jawab aku bagi doposen(bak kata siti rosiana kawan aku tuh RM0.20..ahaks :p). ok2 disebabkan taknak korang tertanya2 apa itu definisi mende alah nie,meh la kau bagi tau..*terpoyo la plak aku nih..ok sile kasi penampar sekarang (-_-)*

- fotografi adalah proses pembuatan lukisan dengan menggunakan media cahaya. Sebagai istilah umum, fotografi bererti proses atau metode untuk menghasilkan gambar atau foto dari suatu objek dengan merakam pantulan cahaya yang mengenai objek tersebut pada media yang peka cahaya.



DSLR is one of the most important thing in PHOTOGRAPHY, ok sumpah aku cakap masa form 5 aku still tak tau DSLR nie penting dalam dunia dan bidang photography nie....well at dat time aku assume yg Digital Camera & DSLR is same...yg berbeza cuma saiz. hahaha noob tak aku? biler aku tengok de orang bawak mende alah nie aku akan cakap " kenapa tak bawak Digital Camera je?kan lagi senang...tak la susah payah nak bawak camera yg berat nie." tu masa zaman aku belum tau lg yg DSLR punya kualiti gambar is superb compared to Digital Camera. biler ingat balik zaman noob aku, i will laugh...a big LOL. :p tehee.....sekarang nie dah tau dah DSLR tu ape and why it is important to do a photoshoot etc.


Dulu aku tak heran sangat bidang photografi nie.....tapi sebab sekarang dah keliling aku semua ade dslr..dan tau photoshoot2 nie dan akibat menonton banyak sangat rancangan AMERICAS NEXT TOP MODEL dari cycle 1-15,tetibe rasa berminat plak nak try bidang fotografi nie. (kalau aku tau bidang fotografi nie best, aku rasa aku tak amik BUSINESS STUDY kot sekarang..tsskk =,=").  Walaweyh....bidang fotografi nie masyuk kot..kalau kau betol2 serius dalam bidang nie..ko boleh earn income beribu2 setiap bulan  senang2 camtu je kalau ade job  :D.



Jurugambar malaysia yg paling aku minat dan memang kagum giler2 lah dengan hasil fotografi is ANNAS EASKEY, perghh!!! pic yg annas easkey nie snap memang terbaek wa cakap lu....tak caya? sila tengok kat page FB Annas Easkey...klik kt SINI . tak kan korang tak kenal AnnasEaskey plak kan? one of the famous malaysia fotographer kot....muda lagi hmmm baru 23 tahun kalau tak silap, final year student degree marketing UiTM segamat. (hmmm..untunglah budak2 UiTM segamat..dah la sekampus dengan HANIS ZALIKHA plus sekampus plak dengan AnnasEaskey). Oh ye, Annas Easkey ade belog jugak..kalau nk follow klik kt SINI.


memandangkan aku baru nak berjinak2 dengan fotografi nie...so DSLR yg menjadi 'mangsa' ialah DSLR kawan aku iaitu Zafri Ikmal.

dia pakai DSLR yg macam dalam gambar nie....thanks ye zaf sebab bagi aku bereksperimen menggunakan kamera ko..hehe. ok jom tengok pic yg aku snap..tak lawa pun cam yg AnnasEaskey punya..almaklumlah,baru amatur.


Shoot By Syazwan Tahir
Zafri Ikmal

my atuk : Muhammad Zulfadhli



Abg Din
(klik pada gambar untuk lebih jelas)

nie la model ganteng aku yg menjadi mangsa saya untuk bereksperimen...haha thanks y'all...memang sporting lah korang. btw pic nie tak lawa macam yg photographer pro snap..sebab takde lighting bagai...juz guna DSLR semata2 je... :) so nie lah hasil Shoot By Syazwan Tahir. time aku snap nie aku feeling2 photographer pro gittew...hahaha ok sila kasi penampar kt saya sekarang. oh ye jangan tertipu oleh background putih tu ye...nie bukan dalam studio..ulang suara..bukan dalam studio..tapi dalam kelas...hik2. :p

maaf kalau  entri ini agak melalut..terstory pasal fotografi & photographer yg aku minat plak...ahaks. :p



tengah check pic yg dah snap
"hmmmm...pic sape plak yg aku nak snap pas nie."










P/s: Canon 1000D nie yg kat atas nie aku dah confirm nak beli kat cousin aku..dier nak jual,tapi duit PTPTN tak masuk lg! haish.....dah nak habis sem dah...doa2 la duit PTPTN aku masuk before raya ye..AMIN. harga yg cousin aku offer memang berbaloi2...sebab tu aku nak beli.







Tuesday, August 9, 2011

Bunga Dan Maksud

Menunjukkan rasa cinta dengan sejambak bunga boleh menambahkan perasaan kasih sayang pada orang yang tersayang terhadap anda....jadi tak hairanlah kan ramai yg diluar sana memilih untuk bagi hadiah bunga terhadap orang yg tersayang ( tak kire la nak bagi kat emak,ayah,adik,atuk,nenek,ahli keluarga,kekasih etc). Tapi korang tau tak bunga yg korang bagi kat orang yg tersayang tu mempunyai maksud yg tersendiri? mesti ramai yg tak tau kan? :) so meh kita belajar sama2 tentang bunga dan maksud supaya kita semua nanti boleh memilih jenis bunga yg bersesuaian mengikut situasi kalau nak di beri kepada
 orang yg tersayang...(so sweet..ahaks :D)

Bunga Dan Maksud

ROS MERAH

Cinta dan kasih sayang


ROS KUNING

Persahabatan & Persaudaraan


ROS MERAH JAMBU
Cinta Rahsia



ROS PUTIH
Cinta Suci

(kebiasaan untuk ahli keluarga/majlis keluarga/pengkebumian)

CARNATIONS




Mempersonakan
(sesuai untuk hubungan yg sedang mekar)


ORKID
Cinta & kecantikan
(sesuai untuk semua majlis tanpa ada sebarang maksud tersirat)


DAISY
Cinta setia
(sesuai untuk hari ibu dan majlis lain yg bersesuaian)


LILY
Murni & manis
(sesuai untuk anak saudara & anak perempuan)


CHRYSANTHEMUM
Persahabatan




Itulah senarai bunga dan maksud yg tersirat di sebalik bunga tersebut, sebenarnya ada bunga yg membawa maksud tersirat yg sedih..macam membawa maksud 'Saya nak putus dengan awak'...tapi tak nak lah letak jenis bunga yg membawa maksud tu....tak mau ada benda yg sedih2 kat belog aku.....aku nak benda yg happy2 ja kat belog nie..hihihi. so bagi korang yg pernah menerima bunga2 seperti yg tertera diatas sekarang mesti dah tau maksud tersirat kan?hmmm..pasti anda tengah tersenyum membaca entri ini..hehe. ;). so memandangkan korang dah tau maksud tersirat di sebalik bunga2 ini,nanti boleh la korang memilih bunga yg sesuai untuk di beri kepada orang yg tersayang.....wah mesti sweet giler!. :D









P/s: Dalam hati ada taman bunga....haha boleh camtu? :P


Monday, August 8, 2011

Umar Faruq Punya Segmen


nampak tak banner belog yg simple tapi cantik dan menarik seperti yg tertera kat atas? ye ini tandanya aku join lagi segmen iaitu Segmen Untuk Semua yg di anjurkan oleh sorang blogger nie..Umar Faruq (nice name la bro :D ). korang nak join tak? sila klik kat SINI .

Belog Umar Faruq nie menarik sebab belog dia simple,kemas, menarik dan cantik.....pastu belog die takde widget2 yg menyemakkan dan nie memudahkan belog die cepat loading. taklah buat aku tertunggu2 agak lama kan....almaklumlah, Wifi kt kolej aku nie kadang2 laju,kadang2 cam siput(lembap), lain la kalau Unifi kan. selain itu header belog nie pun simple jugak tapi tetap menarik dan cantik ditambah pulak dengan kombinasi warna merah dan hitam membuatkan belog nie header dan belog ini kelihatan elegan. :)

Secara keseluruhan belog Umar Faruq nie cantik,menarik dan kemas..lepas tu simple je bak kata orang la kan "simple is nice" sounds cliche but its true :). pastu widget2 disusun dengan kemas di side bar tu dan Umar Faruq cuma letak widget yg penting je. walaupun belog nie simple tapi follower belog nie tak 'simple' tau...fuhh....kalah aku...so ini membuktikan yg belog Umar Faruq best. :)


P/s;Tarikh tutup segmen  nie 11 OGOS 2011

Sunday, August 7, 2011

Yang Mana Satu Ni?

time2 weekend camnie memang kebiasaan aku online, mcm online FB,Twitter dan belog...pastu aku slalu blogwalking kat belog2 follower aku,belog2 yg aku follow,belog blogger feveret aku cam Hanis Zalikha,Cik Epal,Fatin Liyana,Maria Elena *amboi syazwan..blogger pompuan je ea ko blog walking?(joke) :p*,.kalau line ok aku tinggalkan jejak atau comment kt entri diorg kalau line tak ok aku juz baca entri diorg je la*almaklumlah line wifi kat kolej aku nie tak macam Unifi..kadang2 nak update belog pun berjam2 tsskk =___=*. tengah syok2 aku online fb la kan, then terdetik nak p jenguk page blogger feveret aku iaitu Hanis Zalikha . then bila aku taip...kat search tu keluar 2 page hanis zalikha, and i was like "eh?! Hanis Zalikha ade buat page baru ke? 0.o". 


(klik pada gambar untuk besarkan)

seperti yg korang semua tau,nie adalah page Hanis Zalikha yg asli dan dikendalikan sendiri oleh Hanis Zalikha. memang no doubt lah kan.





(klik pada gambar untuk besarkan)

ok, habis tu page yg nie ape plak? Hanis Zalikha Zainal?(memang kite semua tau yg zainal is her father name) tapi cam tak logik Hanis Zalikha nak buat page baru...pastu kalau yg nie fake,berani jugak kan dia berlakon as Hanis Zalikha..siap update status konon Hanis Zalikha yg real.

        (klik pada gambar untuk besarkan)

cuba tengok comment nie, dari cara cakap pun im sure yg nie bukan Hanis Zalikha yg real...senang cakap la yg nie fake.




then aku terjumpa comment nie dalam banyak2 comment kat status tu....FAKE rupanya. haish kenapa la nak menyamar jadi Hanis Zalikha? i mean kalau takat nak guna profile pic Hanis Zalikha as DP kt fb tu tak kisah la kan mayb minat giler kt Hanis Zalikha ke ape...tapi jangan la menyamar as hanis zalikha.



ok,ini kesimpulan aku.....page Hanis Zalikha Zainal is a FAKE..juz menyamar as hanis zalikha yg real je. nie mesti takde keje lain..keje nak menyamar je. btw apa yg diorg dapat menyamar jadi orang lain? dulu Cik Epal penah kantoi kan Juliana Evans yg fake. *Cik Epal,wa tabik sama lu! ^__^ hebat.* ok nie kesimpulan aku tersendiri..terpulang pada korang nak judge macam mana....kalau page Hanis Zalikha Zainal nie memang Hanis Zalikha yg real*kot2 Hanis Zalikha buat page lagi satu tapi aku tak tau* aku mintak maaf banyak2 ye. tapi kalau yg nie betol2 fake....memang takde keje menyamar jadi orang lain!=____=.





PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT: BEWARE OF FAKERS!






Kuih Kapit/Kuih Sepit/Love Letter



Sila berikan tepukan yg gemuruh kepada kuih tradisi di atas kerana telah memenangi tempat pertama di dalam perut aku! ^__^. setiap kali raya kalau aku p beraya kat umah orang mesti aku mencari kuih tradisi nie yg lebih di kenali sebagai kuih kapit...tapi kalau kat tempat aku iaitu Penang,kitorang panggil kuih sepit. kalau nak panggil Love Letter pun boleh......Love Letter versi malaysia...hik2. orang cakap kuih nie kuih tradisi orang cina tapi kita kan malaysian aite? sekarang nie tak kira orang cina,orang melayu pun boleh buat dan kuih nie di sukai oleh semua kaum di malaysia gitteww...hehehe. ;) itulah uniknya Malaysia *saya bangga jadi anak malaysia! eh tetibe je* kuih kapit nie sumpah sedap! kalau kat rumah aku boleh habiskan 1 balang kuih nie dengan mudah je sampai orang lain pun tak sempat nak merasa...baiklah disebabkan kuih nie sedap, so aku nak ajar korang cara-cara nak buat kuih kapit nie....tunggu apa lagi tuan2,puan2,cik,encik,dato,datin, tan sri,puan sri etc. amik la pen dan kertas untuk salin resipi nie *bajet selebriti chef plak aku nie :p*


Resipi Untuk Buat Banyak-Bahan-bahan:

½ kg tepung gandum

1 biji kelapa (diambil santannya)

½ kg gula pasir

2 cawan tepung gandum

Sedikit minyak untuk menggoreng

3 biji telur


Cara-cara

Telur dipukul sehingga kembang dan gebu.

Masukkan santan, gula dan tepung, pastikan adunan tidak terlalu pekat dan juga tidak terlalu cair.

Panaskan minyak dengan acuan terendam.


Letak sesudu adunan dan kapitkan acuan, goreng sehingga keperangan.


Apabila kulit luar mula keperangan, ia menandakan sudah masak. Kikis kulit luar dan gulung atau lipat kepingan kuih kapit dengan segera sebelum ia keras

simpan di dalam bekas kedap udara.
 
Resipi Untuk Sukatan Cawan
☑️4 biji telur
☑️Tiga cawan tepung gandum
☑️Satu setengah cawan gula
☑️Vanila dan secubit garam
☑️Satu biji kelapa ( Ambil dua cawan santan )
 
Cara - cara
☑️Pukul telur dn gula sampai putih
☑️Masukkan vanila dan garam
☑️Masukkn tepung sedikit demi sedikit dan kacau sampai sebati.
☑️Masukkan santan dan sebatikan.
☑️Letak sesudu dalam acuan dan sepit sehingga masak.
☑️Dah masak terus lipat atau gulung.
☑️Tindih dengan sesuatu agar lipatan tidak terbuka. 



Amacam, senang tak nak buat kuih kapit nie?senang je...tapi kuih nie sedikit renyah la coz nak lipat dan gulung tu..kalau lambat nanti kuih tu dah keras so susah nak lipat or gulung. cara yang diatas nie cara menggoreng, kuih kapit boleh di masak dengan cara di bakar....tapi make sure mintak tolong anak2 atau husband atau ahli keluarga yg lain ye..sebab sorang kena jaga arang...sorang lagi kena bakar dan sorang lagi kena tolong lipat atau gulung,kalau ramai orang tolong lagi bagus..hehe :). sebelum nak buat kuih kapit nie korang kena la beli acuan kuih kapit nie dulu...meh kite tengok acuan kuih nie.



Acuan Kuih Kapit

nie la acuan Kuih Kapit, kalau sape2 nak masak kuih kapit guna cara goreng PLEASE BE EXTRA CAREFUL! sebab acuan nie agak berat...takut terbalik kuali tu...dh la dengan minyak panas kan nanti beraya kat hospital la jawabnya so memang kena berhati2 dan handle with care ya :)...remember, one thing can led to another.


memang renyah sikit nak buat Kuih Kapit nie..tetapi rasa kuih nie memang sedap..dan anda akan berpuas hati. :)  maafkan saya kalau resipi nie ade silap dekat mana2....kalau ade yg silap tu tolong la betolkan ye,saya sebagai manusia tak lepas dari membuat kesilapan. :)


P/s: kalau buat kuih sepit tu hantar la 1 balang kat saya...hihi (gurau je :p)