Tuesday, May 13, 2025

MAINAN ZAMAN 90an YANG PERNAH MENJADI WISHLIST

Pernahkah anda mendengar istilah Baby Boomers, Gen X, Y (millenium/millenials), Z dan Alpha? Okay kalau belum tahu marilah kita mengambil tahu sedikit sebanyak apa sebenarnya istilah tersebut dan anda semua merupakan generasi yang mana satu.

 

Nah there you go: 

 Generasi Baby Boomers

 Generasi yang lahir di tahun 1946 - 1964 , sebab digelar baby boomers kerana pada masa selepas perang kadar  kelahiran meningkat secara pesat setelah beransur pulih daripada kesulitan masa perang.

 

Generasi X

 Generasi yang lahir di tahun 1965 - 1980


Generasi Y

Generasi yang lahir di tahun 1981 - 1996


Generasi Z

Generasi yang lahir di tahun 1997 - 2010


Generasi Alpha 

Generasi yang lahir di tahun 2010 dan ke atas (sekarang)


Nak dijadikan cerita baru-baru ini terlayan satu American Sitcom yang title Fresh Off The Boat dekat Disney Hotstar, rating yang aku bagi untuk sitkom ni 4.5/5 sebab bagi aku memang best

 


 

Jadi sitkom ni berdasarkan Autobiography Chef dan Food Personality Amerika Eddie Huang dengan tajuk yang sama iaitu 'Fresh Off The Boat', sitkom ni based on pengalaman sendiri Eddie Huang dengan keluarga dia yang merupakan imigran dari Taiwan di negara Uncle Sam (Amerika Syarikat) di tahun 1990.

Disebabkan aku Gen Y yang lahir around 1992 (ehem..but i'm forever 21 ya) and latar masa sitkom itu adalah tahun 1990, jadi sedikit sebanyak mengimbau kenangan membesar di zaman itu sebab there are so many gadgets and toys, music, pop culture etc yang in masa zaman tu ditonjolkan dalam sitkom Fresh Off The Boat.

 

 Jadi me as a budak yg membesar pada zaman itu, memang untuk tau gadgets, toys yang tengah in dan on sale adalah berdasarkan iklan yang keluar di TV atau majalah/newspaper pada zaman tu. Jadi pada masa tu as a budak kecik yang dari keluarga yang sederhana hanya mampu menyimpan angan-angan untuk memiliki toys yang pernah nampak di iklan di kaca televisyen dan majalah/surat khabar. (hmmm bila dah ada duit sendiri dah takde jual pulak 😓)

 

As listed adalah yang toys yang pernah jadi wishlist zaman membesar dulu-dulu:

 

Tamagotchi & Cyberpets

 

 
Cukup menyenangkan bila tak payah nak susah-susah bersihkan bahan buangan atau keluarkan duit beli makanan, cukup sekadar picit-picit untuk bagi makan atau bagi mandi 😂

 

Play Doh



 Dulu selalu keluar iklan dia di tv, tapi masa dulu mampu beli plastisin murah beli di kedai runcit lepastu kena marah sebab lantai ada kesan minyak and comot :')

 

Furby

 


Sangat comel and dia cakap dalam bahasa dia sendiri, dulu pernah nampak di Toys R Us tapi harga agak keras..tskkk :')

 

Gameboy Color


Pernah teringin nak mempunyai Game Boy Color sebab ternampak anak cikgu sekolah masa tu bawak di sekolah, tapi mampu main di kedai yg kena masukkan syiling untuk harga 20 sen bagi 10 minit, lepas habis dapat kacang je.

 

Barbie Doll 


Pernah tumpang main sama-sama yang adik sepupu punya bila dia balik di rumah nenek dari KL, tapi sorry to say Barbie dulu-dulu kualiti sangat bagus even yg playline punya set, sekarang untuk playline punya kualiti hampeh..nak cantik kena beli yg collector edition yang harga mahal gila. Mattel please improve your playline set macam dulu-dulu, sekarang nak beli untuk anak buah perempuan pun macam tak padan harga dengan kualiti =______="

 

Remote Control Cars 


Dulu pernah merengek-rengek dekat abah nak remote control car bila ternampak dalam katalog Makro dekat page toys section, disebabkan itu abah belikan :') terima kasih abah belikan anakmu ini remote control car..bertahan juga dalam 5 tahun sebelum betul-betul rosak. Jenama yang mahal masa tu kalau tak silap Nikko, kakak sepupu pernah kerja di kilang tu di Pulau Pinang tapi dalam tahun 2008 dah tutup kalau tak silap.

 

 

As listed above is my wishlist mainan/gadget yang pernah teringin nak dan alhamdulillah ada yg dapat, kalau boleh diputarkan masa nak kembali semula ke zaman tu yang stress free, tak payah fikir komitmen apa semua. Tapi apakan daya itu semua tidak dapat kembali dan menjadi kenangan manis dalam hidupku. Tapi kadang-kadang ada jugak beli toys untuk diri sendiri, bak kata orang 'to heal my inner child'. Kalau tak silap di Pulau Pinang ada Toys Museum, jadi sesiapa yg happen pergi Pulau Pinang untuk bercuti boleh la singgah.


Okay sekian saja penulisan ku untuk hari ini (walaupun takde yang baca pun blog dah zaman sekarang 😂 wakakaka).

 

 

Sekian, Wassalam

 

Pernahkah mendengar istilah Baby Boomers, generasi X, Y, Z, millenials hingga alpha?

Artikel ini telah tayang di Kompas.com dengan judul "Mengenal Apa Itu Generasi Baby Boomers, X, Y, Z, Millenials, dan Alpha", Klik untuk baca: https://www.kompas.com/tren/read/2021/12/26/170000565/mengenal-apa-itu-generasi-baby-boomers-x-y-z-millenials-dan-alpha?page=all.


Kompascom+ baca berita tanpa iklan: https://kmp.im/plus6
Download aplikasi: https://kmp
Pernahkah mendengar istilah Baby Boomers, generasi X, Y, Z, millenials hingga alpha?

Artikel ini telah tayang di Kompas.com dengan judul "Mengenal Apa Itu Generasi Baby Boomers, X, Y, Z, Millenials, dan Alpha", Klik untuk baca: https://www.kompas.com/tren/read/2021/12/26/170000565/mengenal-apa-itu-generasi-baby-boomers-x-y-z-millenials-dan-alpha?page=all.


Kompascom+ baca berita tanpa iklan: https://kmp.im/plus6
Download aplikasi: https://kmp.im/app6

Thursday, May 8, 2025

REZEKI YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA

 "Terkadang kita meminta sesuatu kepada Allah, namun yang di dapatkan ternyata lebih besar dari perkiraan. Itulah salah satu nikmat Allah yang tak terduga."

Dan dia yang memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya 

(Surah At Thalaq: 3) 



Kepada yang membaca, kadang kala kita akan ingat rezeki yang diberikan adalah berbentuk benda/material seperti duit/emas/rumah sampaikan kita  lupa rezeki yang Allah SWT kurniakan boleh juga dalam bentuk Kesihatan, keselamatan, kebahagiaan, keluarga dan rakan-rakan yang baik. (itu saya masa waktu kecil yang noob bila ingat rezeki tu dapat duit yang banyak, rumah besar, kaya raya 😓)

 

On last March was actually my birthday month ( ehem , saja nak mention jugak ye..ewah) dan sebenarnya tak expect di umur-umur macam ni I akan receive birthday present, But Alhamdulillah rezeki dikelilingi orang-orang yang baik they still gave me the birthday present even dah almost 2 weeks after my birthday date.

 

To those yang memberikan hadiah, saya sangat-sangat menghargainya 💓😙😍 semoga Allah memberikan pahala dan rezeki yang berlipat kali ganda buat kalian. Aminnn , I will cherish all those gift yang diberi.

 

 
Kegilaan para pelancong dari negara jiran Indonesia cekelat ni, thank you kepada 2 orang kakak di ofis yang bagi cekelat beryls yang sedap ni 💝..satu bagi tiramisu satu lagi saya dah lupa perisa apa  



 
Terima kasih kepada sorang lagi kakak ofis yang bagi Ferrero Rocher, macam tau-tau je diriku ini pencinta chocolate. hewhewhew 😍
 

 

Terima kasih kepada satu orang lagi kakak di ofis yang bagi hadiah bluetooth speaker ni, bolehla daku memainkan lagu-lagu dari Spotify yang tak premium ni..terpaksa dengar iklan kejap-kejap tu. kah kah kah (eh berapa banyak kakak ofis daaa dekat ofis hang ni? kakakaka..ya ofis saya banyak staff perempuan ye 😂
 

 
 And also, I didn't expect to get Nintendo Switch Oled Neon yang dalam wishlist untuk dibeli sebagai hadiah birthday, to you..I really am touched with this, sanggup buat surprise untuk saya 😢💘💓 P/S: sila suggest game NS yang best, setakat ni I baru ada Demon Slayer: Hinokami Chronicles, Pokemon Sword dan Okami HD..sobsss, itupun beli game yang second ye.


 

Okay itu saja post berkenaan rezeki di blog saya, terima kasih kepada yang sudi membaca..saya doakan semua yang membaca entry ini sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah SWT..Aminnn.

 

Last but not least, boleh saya mintak lagi satu doa dari kalian semua? Tolong doakan saya (Muhammad Syazwan bin Mohamad Tahir) supaya dimurahkan rezeki agar dapat membeli dan memiliki rumah dengan cepat. How I wish I can have a place that I can proudly call "Rumah saya" 😞😞😞

 


 

 Cantik kan? berangan-angan kalau dah beli rumah apartment nanti untuk renovate begini..yang basic dan penting dulu pun takpe. sobss 

(Sumber: Google)

 

 

Sekian, Wassalam

Monday, December 30, 2024

SELAMAT TAHUN BARU 2025

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Okay today masa I was driving back home from the office, there's an interesting topic which caught my attention. DJ radio bukak topik berkenaan "Apa azam tahun 2024 yang dah tercapai atau belum lagi tercapai...marilah kita share bersama-sama". Jadi banyak la juga pendengar yang berkongsikan azam tahun 2024 yang dah tercapai dan ada jugak yang belum lagi tercapai mahupun separuh tercapai.

Biasala dihujung-hujung tahun ni mesti you guys pun ada tanam azam 2025 yang ingin dicapai ataupun carry forward azam 2024 yang belum dicapai untuk disertakan bersama azam 2025 kan?.


Antara yang dikongsikan oleh pendengar melalui telefon, Whatsapp, voice note etc adalah:

  1. Ada yang menceritakan tak capai target untuk duit simpanan sebab ada kawan yang pinjam tapi tak bayar-bayar lagi. (OMGGG, to those friend if you are listening to your friend tadi dekat radio tolong la bayar ye duit, mungkin kawan awak memerlukan duit dia balik dan mungkin dia segan nak push awak suruh bayar. So please pay back your debt sissss and be a considerate person!)
  2. Ada jugak yang masih lagi belum dikurniakan rezeki zuriat sebab wife miscarriage dua kali. (Kepada abang or adik tadi, if you are reading this *Ececeh macam la ada orang baca blog kau lagi wan =_="*  saya doakan agar Allah kurniakan zuriat yang soleh @ solehah untuk awak di tahun hadapan..Insyaallah. Aminnn!)
  3. Ada yang masih lagi 'tertunggak' azam untuk diet, which is pagi minum air masak but lunch dah minum yang manis-manis. (Sis, you are not alone ye..me also sometimes diet ke laut dalam jugak ya. tapi takpa next year kita sama-sama Istiqomah..ha gitu.)

Bagi pendapat saya, apa pun azam tahun 2024 yang masih belum tercapai ataupun separuh tercapai you guys boleh cuba lagi di Tahun 2025. It's okay sebab pace mengikut diri dan kemampuan masing-masing dan yang paling rezeki daripada Allah Swt. Mungkin Allah nak bagi yang lagi terbaik di Tahun 2025 yang tak lama lagi akan datang. Jadi jangan bersedih dan please remember this: "Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." Surah al-Baqarah, ayat 216.

Jadi sehubungan itu, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2025! dan semoga Allah kurniakan kita rezeki yang tidak disangka-sangka dan kegembiraan yang tidak pernah kita duga pada tahun hadapan serta dipertemukan kita dengan Bulan Suci Ramadan 2025 pada Mac tahun hadapan. Amin Amin 👐😊😊




Monday, September 9, 2024

QUOTES OF THE DAY #2


 

 
Never Trust Anyone Too Much, Remember The Devil Was Once Angel

Wednesday, September 4, 2024

KELANTANESE SUKA BERPUAK KE ( IS IT TRUE OR OTHERWISE?)


 

Hello & assalamualaikum,                                          

'Sek kito jange pecoh' , we often hear this phrase when it comes to people who came from east coast state of Malaysia which also known as Negeri Cik Siti Wan Kembang who was a legendary queen who reigned over a region of east coast Malaysia and often known for her wisdom and descended from the royalty of Champa (today is Vietnam), Kelantan and Pattani (Southern part of Thailand). Well if you guess Kelantan yes you guys are absolutely correct.

Okay we often hear people put this kind of stereotype towards Kelantanese people such as:-

  • " Eh orang kelantan ni pengotor"
  • "Orang kelantan ni suka berpuak-puak, kalau dah jumpa dengan geng negeri diorang habis la nanti kau dia biar je sorang-sorang.
  • "Orang kelantan ni kalau dekat 'gomen' suka ambik sek-sek dio jugok" 
 
 
 Basically I am not been raised to put the stereotype on other people and my parents often advice berkawan baik dengan semua orang, buat baik dengan kawan-kawan dan jangan pedajal kawan-kawan. Therefore when in school and now working I always ensure to avoid sifat pilih bulu kalau nak berkawan pun (except kalau orang tu jenis yang bring bad influence or negative vibes, I'll try to avoid those kind of people).
 
So when it comes to Kelantanese ni, aku pun bukanlah jenis nak percaya stereotype yang telah di associate dengan Kelantanese ni sebab di tempat kerja aku pun yang aku anggap like my kakak-kakak pun dari Kelantan but they are so nice and willing to assist me when they can. But yang buat aku ni terasa ni adalah hamba Allah yang aku anggap kawan (He came from Kelantan) dan if he ask for an assistance macam mintak tolong hantar ke bus station, nak beli groceries ke apa. Even masa dia nak pindah dari bilik sewa ke rumah sewa aku tolong untuk bawak barang-barang dia with by car sebab he doesn't own a car yet. Dan bila aku mintak tolong dia teman aku ke apa he is willing untuk teman macam bila aku nak beli barang kt mall ke, nak makan kat luar ke and malas nak pegi sorang-sorang.
 
So I've notice yang dia macam dah start berubah bila kawan dia yang dapat kerja di sini tapi lain-lain pejabat tumpang di rumah sewa dia and kawan-kawan dia yang lain start kerja di area KL & Selangor. Basically dia buat aku ni last option, yes aku faham they are his good friends when they are schooling together back in Kelantan. 
 
Like you guys cuba bayangkan eh, aku pernah mintak tolong dia in advance untuk teman aku to get a haircut and he said okay boleh je in his whatsapp reply since dia pun free. Hari kejadian I whatsapp him and told him I just reached home and nak mandi dan bersiap-siap dulu and He replied he might a little bit late (around 30 minutes late) sebab dia tengah makan dengan kawan-kawan dia and Aku pun okay je. Guess what, another about 1 hour lagi nak keluar dan aku pun dah siap pakai baju apa semua He whatsapp me kata "Sorry aku terpaksa cancel la sebab kawan-kawan aku nak tidur kat rumah aku malam ni". I was like dude, kau dah janji dengan aku untuk teman aku dan aku bukannya mintak tolong kau last minute, like 2-3 days in advance kot. End up, I replied 'ok' and just went to haircut by my own.

For me, aku cukup pantang bila orang yang dah janji dengan kau dulu dan kau cancel last minute macam ni sebab aku bila dah janji dengan orang in advance aku akan cuba avoid for last minute cancellation unless betul-betul emergency and unavoidable matters. For you guys information, after that occurrance, it happen to me several times so of course aku dah macam had enough.Thus I distance kan diri aku dengan dia, no more nak ajak dia keluar ke apa sebab aku dah macam serik akan kena lagi macam tu. Apa-apa aku akan keluar sendiri alone. Aku still kawan dengan dia but nak rapat macam dulu for me cukuplah.

Aku ingatkan sek kito jange pecoh ni dah tiada dalam kalangan orang kelantan di zaman-zaman teknologi canggih macam ni, but mungkin nasib aku kurang baik sebab jumpa kawan kelantanese yang masih lagi ada sikap 'sek kito jange pecoh' ni. It happened to me before when I was in form 4 in Sekolah Menengah, pun aku kena jugak dengan seorang classmate ni yang nama start from 'Nik'. Bila kawan dia pindah balik sekolah tu dari Sekolah Menengah Teknik (Today dikenali sebagai Kolej Vokasional), he treated me like I am a strangers weh after that!.

Untuk si 'A***N', since you are still in 20's I nak kasi advice (if you happen to stumble upon this blog lah), mungkin sekarang untuk kau, kau fikir orang yang ada ramai kawan tu cool, popular dan famous, boleh buat konten Tiktok untuk tunjuk betapa hidup tak loser sebab ramai kawan. Tapi kalau kau nak tahu siapa 'true friend', tunggu bila masa susah, time tu selalunya orang kata you will see who will still stick with you to assist you and who will angkat kaki. Nanti bila kau dah matang dan juga dewasa sikit mungkin kau akan hadam kenapa orang cakap " You don't need a certain numbers of friends, just a number of friends you can be certain of". Dalam erti kata lain semakin kau dewasa semakin kecil circle kawan-kawan kau.

In conclusion, mungkin nasib aku kurang baik sebab terjumpa dengan Kelantanese yang masih bersifat sek kito jange pecoh ni, tapi my advice to Kelantanese out there yang masih dengan sifat tu. if you happen to mencari rezeki di negeri orang, tinggal-tinggalkan la sifat tu, tak salah untuk ada tetapi cuba sesuaikan dengan masa, tempat dan situasi. Sebab you guys yang cari rezeki di negeri luar dari Kelantan akan bergaul dengan pelbagai orang who came from various state in Malaysia (including Sabah dan Sarawak).

P/S:  All opinions are based from my experiences and recent experience which occurs to me and do not reflect all Kelantanese behavior. (I believe there are Kelantanese out there yang baik-baik dan does not carry on sek kito jange pecoh too much 💓😊)