Monday, August 26, 2024

BLACKBERRY


Hello & Assalamualaikum,

This evening whilst doing some work in front of my PC at the office suddenly my mind going back to the memory lane. Tiba-tiba teringat the first smartphone that I've used way back during my diploma years circa 2010 which is Blackberry Bold 2 9700.

 I have a fond memories using the Blackberry, seperti mana yang semua tahu pada zaman tu berlumba-lumba kawan-kawan, family dan orang lain nak guna. Antaranya features yang best dekat Blackberry ni semestinya adalah media sosial di hujung jari. But I think the crΓ¨me de la crΓ¨me for Blackberry ni adalah features Blackberry Messenger also known as BBM, apa lagi berlumba-lumba kawan-kawan pakat share or request BBM pin. For those yang Gen-Z mungkin kurang tahu kalau sebut BBM yang pernah in trend pada 2009-2013. Ianya merupakan salah satu aplikasi umpama Whatsapp yang ekslusif untuk pengguna Blackberry sahaja.

BBM ni membolehkan penggunanya untuk chat, berkongsi gambar, video dan files secara percuma sahaja (ya anda tidak salah dengar ya wahai Gen-Z) this was our whatsapp back then!. πŸ˜‚πŸ‘… Okay let me show y'all the glimpse of BBM ya:


Kinda similar to whatsapp though but only exclusive for Blackberry users


Similar to whatsapp, pengguna BBM boleh tukar gambar profil dan juga mengemaskini status 


Oh ya, anda juga boleh mewujudkan group chat (membawang) bersama-sama rakan-rakan anda πŸ˜‰



Blackberry juga mempunyai cover-cover yang fancy-fancy dan juga menarik seperti mana iphone atau telefon pintar jenama-jenama lain yang you guys beli di Tiktok, Shoppee atau Lazada.



Atau jika mahu, pada zaman tu terdapat juga kedai-kedai telefon bimbit pada zaman itu yang menawarkan service atau khidmat untuk anda tukar housing Blackberry anda ke warna-warna kegemaran anda.



Oh ya tak dilupakan perasaan sedikit riak (sila jangan ikut ya) bila mengemaskini status Facebook menggunakan applikasi Facebook pada Blackberry yang akan menunjukkan status itu dikemaskini menggunakan via Blackberry (zaman ni memang galak aku pun mengemaskini status FB pada setiap hari πŸ‘€πŸ‘€ LOL!)


Namun langit tidak selalu cerah, disebabkan telefon-telefon pintar dari jenama lain seperti Samsung/Apple dan sebagainya berubah ke pada skrin sentuh dan membangunkan OS atau menggunakan OS yang lebih canggih seperti android yang menawarkan pelbagai fungsi dan applikasi akhirnya pada 2016 Blackberry perlahan-lahan hilang daripada pasaran akibat pengguna yang beralih kepada telefon pintar jenama lain. πŸ˜“πŸ˜”


Akhir kata, terima kasih Blackberry kerana telah menceriakan hari-hariku pada suatu ketika dahulu 😚dan tidak mustahil juga Blackberry boleh comeback semula dengan menggunakan OS android and I believe most of the 'ex-BB users' will look forward to this. Jadi ex BB users di luar sana, adakah anda juga mempunyai nostalgia manis ataupun pahit ataupun kedua-keduanya sekali bersama Blackberry? πŸ˜ŽπŸ˜™


P/S: Terasa menyesal pula bila aku tidak membawa sekali Blackberry aku ketika aku move out from that house πŸ˜“
 
UPDATE: I manage to get my old Blackberry back masa balik cuti raya haritu. Teheee πŸ˜‹
 
 
 
Sekian, Wassalam








No comments: