Wednesday, June 18, 2025
Thursday, June 12, 2025
SPONTANEOUS THURSDAY #9 (TERKADANG RASA PENAT)
Wednesday, June 11, 2025
Thursday, June 5, 2025
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2025
Sebelum bercuti, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 2025
Saya doakan kamu dan keluarga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Ilahi. Moga Aidiladha ini membawa kedamaian dan ketenangan jiwa kepada semua. Aminnn
P/S: Bagi yang akan pulang ke kampung masing-masing, semoga selamat sampai ke destinasi ya :D
Sekian, Wassalam
Monday, June 2, 2025
TANYONG (TANJUNG) DALAM SIRI EMPRESS OF AYODHAYA ADALAH DARI KERAJAAN MELAYU?
Dalam siri Netflix, The Empress of Ayodhaya terdapat empat (4) orang gundik yang berasal dari 4 keluarga diraja Siam pada masa itu iaitu Lopburi (dari Timur), Sukhothai (dari Utara) , Suphan Bhuri (dari Barat) dan Nakhon Si Tammarat (dari Selatan) dan salah satu yang menarik perhatian aku adalah watak Tanyong atau dalam bahasa melayu 'Tanjung' yang dikatakan berasal dari Kerajaan Melayu Ligor atau sekarang dikenali sebagai Nakhon Si Thammarat.
Menurut sejarah, nama asal Nakhon Si Thammarat adalah Ligor. Kerajaan Ligor adalah antara kerajaan melayu lama yang terletak di selatan Thai. Setelah dijajah oleh Kerajaan Sriwijaya (Srivijaya), Kerajaan Ligor telah menukar namanya kepada Negara Sri Darmaraja (Negara=Nakhon, Sri = Si, Darmaraja = Thammarat).
For those yang berminat nak memahami dengan mendalam tentang perjalanan sejarah dan kekayaan budaya Siam, you guys boleh membeli Buku Kitab Tamadun Siam dari Patriots Publishing, saya dah beli di Shoppee Patriots Publishing dan belum habis lagi baca. (Ini bukan ditaja oleh Patriots Publishing ya).
Oh ya, I am a history lover dan selepas habis baca Kitab Tamadun Siam ni I would like to purchase Kitab Tamadun Melayu I & II dan juga Ilmu Alam Melayu dari Patriots Publishing.
Okay, itu sahaja untuk entri kali ini..if ada yang dah tengok Siri Empress of Ayodhaya di Netflix boleh drop your comment in comment section ya ! :D
Psst...Tanyong ni memang sebutan dari perkataan Melayu iaitu 'Tanjung' dalam dialek Siam. Tak percaya? listen to this song below ya 😎:
Sekian, Wassalam