Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Friday, September 26, 2025

RESIPI: SOTONG MASAK HITAM

 

 
Versi Simple

 
 
Bahan-bahan
 

  • Sotong yang dibersihkan tanpa dibuang kantung dakwat (anggaran 10-20 ekor ikut banyak mana yang nak) boleh dikurangkan kantung dakwat kalau tak mahu hitam sangat. Kantung dakwat juga boleh diasingkan juga jika mahu.
  • Halia 1 inci dipotong (boleh juga ditumbuk jika mahu)
  • Bawang merah 2-3 ulas boleh lebih mengikut kuantiti sotong, dipotong (boleh juga ditumbuk jika mahu)
  • bawang puting dalam anggaran 2-3 ulas juga boleh lebih mengikut kuantiti sotong, dipotong (boleh juga ditumbuk jika mahu)
  • 1-2 batang serai diketuk
  • Cili padi, diketuk atau dipotong 

 

Cara-cara 

  • Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang dipotong atau ditumbuk dan juga serai tadi sehingga naik bau.
  • Apabila sudah naik bau, boleh masukkan sotong yang telah dibersihkan tanpa dibuang dakwat. Jika kantung dakwat telah diasingkan, boleh masukkan kantung dakwat dahulu.
  • Kacau untuk biarkan kantung dakwat pecah, dan dakwat yang pecah akan keluar menjadi kuah.
  • Perasakan dengan garam, serbuk perasa, serta masukkan asam keping atau sedikit air asam jawa jika mahu ada rasa masam sedikit. Garam jangan lebih sangat kerana dakwat sotong sudah sedikit masin.
  • Jika rasa semua dah okay boleh masukkan cili api dan kacau sebentar dan tutup api kerana sotong kalau masak terlalu lama akan kecut dan keras. 

 
 
Menu ni kalau pekena dengan nasi putih panas-panas memang sedap, bagi yang tertanya-tanya apa rasa sotong masak hitam ni yang guna dakwat sotong..bagi saya rasa dia ada lemak-lemak masin sedikit, sedap (bagi saya la, sebab tekak orang lain-lain kan)
 
 
 
 

 

Untuk yang gambar second ni saya cuba resipi versi johor/singapura yang Atikah Suhaimie post di Tiktok dia di @atikahsuhaimeeee , ini banyak sikit bahan yang digunakan tapi yang ni pun sedap sangat-sangat!. Bagi yang nak cuba versi ni you guys boleh tonton cara-cara untuk masak di Tiktok Atikah Suhaimie di video yang mak dia datang dari Singapura masakkan untuk dia semasa dia pregnant.

 

Okay, sekian itu saja..saja berkongsi resipi sebab rasa macam lama tak buat entri resipi kan. Hahahah

 

Sekian, Wassalam 

 

 



Sunday, December 18, 2011

Resipi Ayam Kapitan

Assalamualaikum, ok semalam aku dah share dengan korang pasal resipi kacang pool which is from singapore, asal resipi tu ialah dari arab. so hari nie apa kata korang cuba pulak resipi ayam kapitan nie...nie adalah masakan cina peranakan (Baba Nyonya). :)


(gambar dapat dari google)

Bahan-bahan:

Bahan Kisar:

1 labu bawang besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6- 7 biji Cili Merah
Sedikit lengkuas
Sedikit Serbuk Kunyit

Semua bahan di atas dikisar kecuali serbuk kunyit.

Bahan A:
Ayam - dipotong ikut suka
200 ml santan
50 ml susu cair
4 sudu besar air asam limau nipis
Garam, Gula


Cara Menyediakan:

Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan ayam dan gaul, biar hingga ayam empuk. Kemudian masukkan santan dan susu cair. Biarkan hingga mendidih. Masukkan garam, gula dan air asam limau tadi. Kacau sentiasa. Angkat dan hidangkan.


sedikit selingan:-


Chef Florence Tan ialah salah seorang selebriti chef yg terkenal di malaysia, merupakan cina peranakan (Baba Nyonya) dan sememangnya pakar dalam masakan Baba Nyonya. 


selamat mencuba resipi ayam kapitan ni ye :)



Saturday, December 17, 2011

Resipi Kacang Pool



7 biji bawang merah kecil
7 ulas bawang putih
1 1/2 sudu (B) ketumbar
1 1/2sudu (B) Jintan kasar
sedikit minyak untuk menumis
(Bahan di atas kisar & tumis sampai naik bau)

1 paket daging kisar 
(lepas tu masukkan daging kisar sampai masak)

2 tin kacang foul (boleh didapati di pasaraya)
( 1 tin dikisar & 1 tin lagi masuk je terus ke dalam periuk)

Garam & gula secukup rasa..
(sesuaikan rasa dgn garam & gula)

HIASAN:
bawang besar, cili hijau atau cili padi (dihiris)
telur mata lembu
limau kasturi


Senang kan resipi nie? korang semua boleh buat as breakfast atau bila2 masa je, oh ye...kacang pool nie korang boleh makan dengan roti atau roti bakar. selamat mencuba ! :D


Sunday, August 7, 2011

Kuih Kapit/Kuih Sepit/Love Letter



Sila berikan tepukan yg gemuruh kepada kuih tradisi di atas kerana telah memenangi tempat pertama di dalam perut aku! ^__^. setiap kali raya kalau aku p beraya kat umah orang mesti aku mencari kuih tradisi nie yg lebih di kenali sebagai kuih kapit...tapi kalau kat tempat aku iaitu Penang,kitorang panggil kuih sepit. kalau nak panggil Love Letter pun boleh......Love Letter versi malaysia...hik2. orang cakap kuih nie kuih tradisi orang cina tapi kita kan malaysian aite? sekarang nie tak kira orang cina,orang melayu pun boleh buat dan kuih nie di sukai oleh semua kaum di malaysia gitteww...hehehe. ;) itulah uniknya Malaysia *saya bangga jadi anak malaysia! eh tetibe je* kuih kapit nie sumpah sedap! kalau kat rumah aku boleh habiskan 1 balang kuih nie dengan mudah je sampai orang lain pun tak sempat nak merasa...baiklah disebabkan kuih nie sedap, so aku nak ajar korang cara-cara nak buat kuih kapit nie....tunggu apa lagi tuan2,puan2,cik,encik,dato,datin, tan sri,puan sri etc. amik la pen dan kertas untuk salin resipi nie *bajet selebriti chef plak aku nie :p*


Resipi Untuk Buat Banyak-Bahan-bahan:

½ kg tepung gandum

1 biji kelapa (diambil santannya)

½ kg gula pasir

2 cawan tepung gandum

Sedikit minyak untuk menggoreng

3 biji telur


Cara-cara

Telur dipukul sehingga kembang dan gebu.

Masukkan santan, gula dan tepung, pastikan adunan tidak terlalu pekat dan juga tidak terlalu cair.

Panaskan minyak dengan acuan terendam.


Letak sesudu adunan dan kapitkan acuan, goreng sehingga keperangan.


Apabila kulit luar mula keperangan, ia menandakan sudah masak. Kikis kulit luar dan gulung atau lipat kepingan kuih kapit dengan segera sebelum ia keras

simpan di dalam bekas kedap udara.
 
Resipi Untuk Sukatan Cawan
☑️4 biji telur
☑️Tiga cawan tepung gandum
☑️Satu setengah cawan gula
☑️Vanila dan secubit garam
☑️Satu biji kelapa ( Ambil dua cawan santan )
 
Cara - cara
☑️Pukul telur dn gula sampai putih
☑️Masukkan vanila dan garam
☑️Masukkn tepung sedikit demi sedikit dan kacau sampai sebati.
☑️Masukkan santan dan sebatikan.
☑️Letak sesudu dalam acuan dan sepit sehingga masak.
☑️Dah masak terus lipat atau gulung.
☑️Tindih dengan sesuatu agar lipatan tidak terbuka. 



Amacam, senang tak nak buat kuih kapit nie?senang je...tapi kuih nie sedikit renyah la coz nak lipat dan gulung tu..kalau lambat nanti kuih tu dah keras so susah nak lipat or gulung. cara yang diatas nie cara menggoreng, kuih kapit boleh di masak dengan cara di bakar....tapi make sure mintak tolong anak2 atau husband atau ahli keluarga yg lain ye..sebab sorang kena jaga arang...sorang lagi kena bakar dan sorang lagi kena tolong lipat atau gulung,kalau ramai orang tolong lagi bagus..hehe :). sebelum nak buat kuih kapit nie korang kena la beli acuan kuih kapit nie dulu...meh kite tengok acuan kuih nie.



Acuan Kuih Kapit

nie la acuan Kuih Kapit, kalau sape2 nak masak kuih kapit guna cara goreng PLEASE BE EXTRA CAREFUL! sebab acuan nie agak berat...takut terbalik kuali tu...dh la dengan minyak panas kan nanti beraya kat hospital la jawabnya so memang kena berhati2 dan handle with care ya :)...remember, one thing can led to another.


memang renyah sikit nak buat Kuih Kapit nie..tetapi rasa kuih nie memang sedap..dan anda akan berpuas hati. :)  maafkan saya kalau resipi nie ade silap dekat mana2....kalau ade yg silap tu tolong la betolkan ye,saya sebagai manusia tak lepas dari membuat kesilapan. :)


P/s: kalau buat kuih sepit tu hantar la 1 balang kat saya...hihi (gurau je :p)




Monday, August 1, 2011

Nasi Ulam Utara


salam...hee :P bagi sumer yang tak tau nak masak pe kn untuk juadah berbuka nanti pe kata korang cuba resipi nasi ulam utara...nasi ulam nie juz ade kt negeri2 belah utara je tau macam Perlis,Kedah,Penang(tapi taktau la kot sekarang ader jual kt negeri2 lain). ok nasi ulam nie jugak is one of my favourite dish untuk berbuka puasa( tp sekarang dh study kt KL,so kena balik penang la klu nak makan..tssk T.T)  Nasi ulam nie usually bulan puasa baru ader...so kirenye ader musim jugak la makanan nie. 


ok nie resipi Nasi Ulam Utara:



Bahan2:

600 gm nasi yg telah disejukkan
1 keping ikan talang masin- isi(dibakar kering)
1 sudu besar udang kering (goreng tanpa minyak dan ditumbuk halus)
40 gm bawang merah (dimayang halus)
1 sudu besar kerisik (ditumbuk halus)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
1 batang serai (dihiris halus)
halia (dihiris halus)
lengkuas (dihiris halus)

Ulam
3 helai daun mengkudu
1 tangkai daun selom
1 tangkai daun kesum
1 helai daun kunyit
3helai daun kaduk
5 helai daun pegaga
3 helai daun sekentut

Cara-cara

-bersihkan kesemua ulam2 tersebut,gulungkan ulam2 tersebut sekali dan hiris halus seperti bunga rampai.

-bakar ikan talang masin dan asingkan isi dari tulang (isi tersebut harus di racik2 halus menggunakan tangan)


-ambil nasi yg telah disejukkan,jika berketul, pecahkn dahulu.


-masukkan nasi di dalam bekas lain dan gaulkan nasi dengan ulam yg telah dihiris halus,serai,halia,lengkuas,lada hitam,kerisik,udang kering,isi ikan talang masin dan bawang.

-gaul rata2 supaya kesemua bahan tadi sebati dengan nasi.

-tak perlu tambah garam sebab ikan dh masin,tetapi kalau kurang masin boleh tambah sedikit garam.


ha,dh siap..so camne? senangkan? kalau susah pn sebab nk cari ulam2 tu je... :) tapi sumpah,nasi ulam utara memang sedap! XD  ok nasi ulam nie boleh dimakan dengan telur masin,ayam bakar,daging bakar dan apa2 lauk yg dirasakan sesuai. :) 

usually kalau kt utara, orang kat sana makan nasi ulam nie dengan :

                                                    
 Masak Asam Pedas Keladi utara
Perghh..nasi ulam+masak asam pedas keladi memang superb!



P/s: kalau de yg nk cuba resipi diatas untuk juadah berbuka silakan lah... :) oh ye,kalau ader tersalah ape2 kt resipi nie tolong betolkan ye..mana tau kot2 ade silap dekat mana2 ke..btw selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa. :D