Assalammualaikum WBT & Salam Sejahtera, ni untuk short update tapi untuk you guys yang grew up around 80's or 90's mesti notice yang kualiti mainan dulu dan sekarang dah tak sama. Paling obvious yang I notice is Barbie Doll.
Sedikit background pasal Barbie Doll ni adalah Barbie Doll dicipta oleh Ruth Handler, diperkenalkan pada 9 Mac 1959 di Pameran Alat Permainan Antarabangsa Amerika Syarikat. Ruth mendapat inspirasi daripada anak patung buatan Jerman yang bernama Bild Lilli dan menamakannya sempena nama anaknya, Barbara. Barbie, sebagai boneka fesyen remaja, telah menjadi ikon budaya pop yang popular dan terus berkembang, termasuk dengan pelbagai etnik dan kerjaya.
Bild Lilli adalah anak patung buatan Jerman yang dibuat pada tahun 1955. Awalnya, Bild Lilli dipasarkan sebagai hadiah jenaka untuk orang dewasa dan dijual di kedai-kedai menjual rokok dan bar di Jerman, tetapi kemudian menjadi popular di kalangan anak-anak karena rekaannya yang unik dan pakaian yang boleh diganti-ganti. Ruth Handler iaitu pengasas Mattel kemudian membeli hak cipta untuk Bild Lilli dan mengembangkan menjadi Barbie Doll yang kita kenal sekarang.
Barbie kemudiannya dilancarkan pada 09 Mac1959 oleh Ruth Handler di New York Toy Fair dengan rekaan pakaian mandi bercorak kuda belang
Once in a while kadang-kadang di mall yg ada Toys R Us, I ni masuk la jugak untuk cuci-cuci mata menengok-nengok mainan yang dijual disitu, dan paling obvious kualiti Barbie Doll yang playline set yang dipasarkan untuk budak-budak kecil main dan bukan Collector Edition untuk orang dewasa kualiti sangat-sangat rendah ya macam contoh seperti di bawah:
Agak berbeza jika nak dibandingka dengan Barbie Doll keluaran 1959 sampai ke era 2010 macam tu:
Trivia
Pada Tahun 1999, Mattel pernah mengeluarkan Kebaya Barbie di bawah Songket Series secara exclusive untuk pasaran Malaysia, my adik perempuan pernah ada one of these tapi Barbie yang pakai kebaya merah jambu seperti di bawah:
Ye ke, dah tak elok kualitinya? Tak tahu pula kita, sebab dah lama tak tengok tempat toys. Dulu zaman kecik, ada juga main barbie.
ReplyDeleteYe sis, kualiti dia yg playline punya dah drop..tak sama macam zaman kita dulu-dulu
DeleteKalau tak silap dulu pernah keluar Barbie pakai kebaya, kan?
ReplyDeleteYa betul tu uncle, Mattel pernah keluarkan Barbie malaysia edition pakai Kebaya..adik saya pernah ada dulu. Dan jugak Special Edition Barbie yang peserta dapat sempena APEC 1998 yang diadakan di KL
ReplyDelete