Monday, September 9, 2024

QUOTES OF THE DAY #2


 

 
Never Trust Anyone Too Much, Remember The Devil Was Once Angel

Wednesday, September 4, 2024

KELANTANESE SUKA BERPUAK KE ( IS IT TRUE OR OTHERWISE?)


 

Hello & assalamualaikum,                                          

'Sek kito jange pecoh' , we often hear this phrase when it comes to people who came from east coast state of Malaysia which also known as Negeri Cik Siti Wan Kembang who was a legendary queen who reigned over a region of east coast Malaysia and often known for her wisdom and descended from the royalty of Champa (today is Vietnam), Kelantan and Pattani (Southern part of Thailand). Well if you guess Kelantan yes you guys are absolutely correct.

Okay we often hear people put this kind of stereotype towards Kelantanese people such as:-

  • " Eh orang kelantan ni pengotor"
  • "Orang kelantan ni suka berpuak-puak, kalau dah jumpa dengan geng negeri diorang habis la nanti kau dia biar je sorang-sorang.
  • "Orang kelantan ni kalau dekat 'gomen' suka ambik sek-sek dio jugok" 
 
 
 Basically I am not been raised to put the stereotype on other people and my parents often advice berkawan baik dengan semua orang, buat baik dengan kawan-kawan dan jangan pedajal kawan-kawan. Therefore when in school and now working I always ensure to avoid sifat pilih bulu kalau nak berkawan pun (except kalau orang tu jenis yang bring bad influence or negative vibes, I'll try to avoid those kind of people).
 
So when it comes to Kelantanese ni, aku pun bukanlah jenis nak percaya stereotype yang telah di associate dengan Kelantanese ni sebab di tempat kerja aku pun yang aku anggap like my kakak-kakak pun dari Kelantan but they are so nice and willing to assist me when they can. But yang buat aku ni terasa ni adalah hamba Allah yang aku anggap kawan (He came from Kelantan) dan if he ask for an assistance macam mintak tolong hantar ke bus station, nak beli groceries ke apa. Even masa dia nak pindah dari bilik sewa ke rumah sewa aku tolong untuk bawak barang-barang dia with by car sebab he doesn't own a car yet. Dan bila aku mintak tolong dia teman aku ke apa he is willing untuk teman macam bila aku nak beli barang kt mall ke, nak makan kat luar ke and malas nak pegi sorang-sorang.
 
So I've notice yang dia macam dah start berubah bila kawan dia yang dapat kerja di sini tapi lain-lain pejabat tumpang di rumah sewa dia and kawan-kawan dia yang lain start kerja di area KL & Selangor. Basically dia buat aku ni last option, yes aku faham they are his good friends when they are schooling together back in Kelantan. 
 
Like you guys cuba bayangkan eh, aku pernah mintak tolong dia in advance untuk teman aku to get a haircut and he said okay boleh je in his whatsapp reply since dia pun free. Hari kejadian I whatsapp him and told him I just reached home and nak mandi dan bersiap-siap dulu and He replied he might a little bit late (around 30 minutes late) sebab dia tengah makan dengan kawan-kawan dia and Aku pun okay je. Guess what, another about 1 hour lagi nak keluar dan aku pun dah siap pakai baju apa semua He whatsapp me kata "Sorry aku terpaksa cancel la sebab kawan-kawan aku nak tidur kat rumah aku malam ni". I was like dude, kau dah janji dengan aku untuk teman aku dan aku bukannya mintak tolong kau last minute, like 2-3 days in advance kot. End up, I replied 'ok' and just went to haircut by my own.

For me, aku cukup pantang bila orang yang dah janji dengan kau dulu dan kau cancel last minute macam ni sebab aku bila dah janji dengan orang in advance aku akan cuba avoid for last minute cancellation unless betul-betul emergency and unavoidable matters. For you guys information, after that occurrance, it happen to me several times so of course aku dah macam had enough.Thus I distance kan diri aku dengan dia, no more nak ajak dia keluar ke apa sebab aku dah macam serik akan kena lagi macam tu. Apa-apa aku akan keluar sendiri alone. Aku still kawan dengan dia but nak rapat macam dulu for me cukuplah.

Aku ingatkan sek kito jange pecoh ni dah tiada dalam kalangan orang kelantan di zaman-zaman teknologi canggih macam ni, but mungkin nasib aku kurang baik sebab jumpa kawan kelantanese yang masih lagi ada sikap 'sek kito jange pecoh' ni. It happened to me before when I was in form 4 in Sekolah Menengah, pun aku kena jugak dengan seorang classmate ni yang nama start from 'Nik'. Bila kawan dia pindah balik sekolah tu dari Sekolah Menengah Teknik (Today dikenali sebagai Kolej Vokasional), he treated me like I am a strangers weh after that!.

Untuk si 'A***N', since you are still in 20's I nak kasi advice (if you happen to stumble upon this blog lah), mungkin sekarang untuk kau, kau fikir orang yang ada ramai kawan tu cool, popular dan famous, boleh buat konten Tiktok untuk tunjuk betapa hidup tak loser sebab ramai kawan. Tapi kalau kau nak tahu siapa 'true friend', tunggu bila masa susah, time tu selalunya orang kata you will see who will still stick with you to assist you and who will angkat kaki. Nanti bila kau dah matang dan juga dewasa sikit mungkin kau akan hadam kenapa orang cakap " You don't need a certain numbers of friends, just a number of friends you can be certain of". Dalam erti kata lain semakin kau dewasa semakin kecil circle kawan-kawan kau.

In conclusion, mungkin nasib aku kurang baik sebab terjumpa dengan Kelantanese yang masih bersifat sek kito jange pecoh ni, tapi my advice to Kelantanese out there yang masih dengan sifat tu. if you happen to mencari rezeki di negeri orang, tinggal-tinggalkan la sifat tu, tak salah untuk ada tetapi cuba sesuaikan dengan masa, tempat dan situasi. Sebab you guys yang cari rezeki di negeri luar dari Kelantan akan bergaul dengan pelbagai orang who came from various state in Malaysia (including Sabah dan Sarawak).

P/S:  All opinions are based from my experiences and recent experience which occurs to me and do not reflect all Kelantanese behavior. (I believe there are Kelantanese out there yang baik-baik dan does not carry on sek kito jange pecoh too much πŸ’“πŸ˜Š)



 
 
 
  

Tuesday, September 3, 2024

QUOTES OF THE DAY #1


                                                                          



 Allah Menguji HambaNYA dengan cara yang paling unik apabila menjadikan kekurangan itu juga satu Anugerah

      

Monday, August 26, 2024

BLACKBERRY


Hello & Assalamualaikum,

This evening whilst doing some work in front of my PC at the office suddenly my mind going back to the memory lane. Tiba-tiba teringat the first smartphone that I've used way back during my diploma years circa 2010 which is Blackberry Bold 2 9700.

 I have a fond memories using the Blackberry, seperti mana yang semua tahu pada zaman tu berlumba-lumba kawan-kawan, family dan orang lain nak guna. Antaranya features yang best dekat Blackberry ni semestinya adalah media sosial di hujung jari. But I think the crΓ¨me de la crΓ¨me for Blackberry ni adalah features Blackberry Messenger also known as BBM, apa lagi berlumba-lumba kawan-kawan pakat share or request BBM pin. For those yang Gen-Z mungkin kurang tahu kalau sebut BBM yang pernah in trend pada 2009-2013. Ianya merupakan salah satu aplikasi umpama Whatsapp yang ekslusif untuk pengguna Blackberry sahaja.

BBM ni membolehkan penggunanya untuk chat, berkongsi gambar, video dan files secara percuma sahaja (ya anda tidak salah dengar ya wahai Gen-Z) this was our whatsapp back then!. πŸ˜‚πŸ‘… Okay let me show y'all the glimpse of BBM ya:


Kinda similar to whatsapp though but only exclusive for Blackberry users


Similar to whatsapp, pengguna BBM boleh tukar gambar profil dan juga mengemaskini status 


Oh ya, anda juga boleh mewujudkan group chat (membawang) bersama-sama rakan-rakan anda πŸ˜‰



Blackberry juga mempunyai cover-cover yang fancy-fancy dan juga menarik seperti mana iphone atau telefon pintar jenama-jenama lain yang you guys beli di Tiktok, Shoppee atau Lazada.



Atau jika mahu, pada zaman tu terdapat juga kedai-kedai telefon bimbit pada zaman itu yang menawarkan service atau khidmat untuk anda tukar housing Blackberry anda ke warna-warna kegemaran anda.



Oh ya tak dilupakan perasaan sedikit riak (sila jangan ikut ya) bila mengemaskini status Facebook menggunakan applikasi Facebook pada Blackberry yang akan menunjukkan status itu dikemaskini menggunakan via Blackberry (zaman ni memang galak aku pun mengemaskini status FB pada setiap hari πŸ‘€πŸ‘€ LOL!)


Namun langit tidak selalu cerah, disebabkan telefon-telefon pintar dari jenama lain seperti Samsung/Apple dan sebagainya berubah ke pada skrin sentuh dan membangunkan OS atau menggunakan OS yang lebih canggih seperti android yang menawarkan pelbagai fungsi dan applikasi akhirnya pada 2016 Blackberry perlahan-lahan hilang daripada pasaran akibat pengguna yang beralih kepada telefon pintar jenama lain. πŸ˜“πŸ˜”


Akhir kata, terima kasih Blackberry kerana telah menceriakan hari-hariku pada suatu ketika dahulu 😚dan tidak mustahil juga Blackberry boleh comeback semula dengan menggunakan OS android and I believe most of the 'ex-BB users' will look forward to this. Jadi ex BB users di luar sana, adakah anda juga mempunyai nostalgia manis ataupun pahit ataupun kedua-keduanya sekali bersama Blackberry? πŸ˜ŽπŸ˜™


P/S: Terasa menyesal pula bila aku tidak membawa sekali Blackberry aku ketika aku move out from that house πŸ˜“
 
UPDATE: I manage to get my old Blackberry back masa balik cuti raya haritu. Teheee πŸ˜‹
 
 
 
Sekian, Wassalam