Wednesday, September 14, 2011

Wordless Wednesday #6


Cuba teka apa yg aku nak beritahu korang melalui gambar nie? ;)


P/s: A picture tells a thousand words.

Tuesday, September 13, 2011

Pakaian Traditional Miss Malaysia Dan Miss Indonesia (Miss Universe 2011)

Fuh, topik pasal Miss Universe 2011 jadi perbualan hangat kat laman sosial, kat twitter la,belog la dan FB. siap ada yg tukaq DP lagi sebagai tanda sokongan. tapi Result Miss Universe 2011, pun dah tau....ok yg menang Miss Angola. Adat pertandingan kan mesti ada kalah menang. tapi takpe Miss Malaysia kita iaitu Deborah Priya Henry still the best! :D.




Ok, saja nak share pasal pakaian tradisional Miss Malaysia dan Miss Indonesia yg dipertandingkan jugak kat Miss Universe  2011 yg berlangsung kat Sao Paolo Brazil kat hangpa semua. mesti ada yg dah tau kan? tapi takpa...kita layannss okayh! XD.




Pakaian Tradisional Miss Malaysia


(Klik pada gambar untuk besarkan)

Baju ni direka dgn mengambil konsep Wau,Pereka baju ni Amir Luqman.

Rujuk link:
http://runwitme.blogspot.com/2011/07/celebrunner-deborah-henry-unveiling-of.html
l

Credit gambar: Blog Serius



Miss Malaysia: Deborah Priya Henry

P/s: Miss Malaysia memenangi tempat ke 3 dalam kategori National Costume (Pakaian Tradisional) yg dipertandingkan di Miss Universe 2011. (kalau salah sila betulkan)







Pakaian Tradisional Miss Indonesia

(Klik pada gambar untuk besarkan)

Kredit Gambar: Facebook 

kalau tak silap konsep baju tradisional Miss Indonesia nie Ratu Pantai Selatan
(correct me if i wrong)



Miss Indonesia: Nadine Alexandra Dewi Ames




P/S: Oh ye, korang perasan tak yg muka Miss Indonesia nie kalau sekali imbas macam Diana Danielle?






Sunday, September 11, 2011

Terjah Rumah Baru!

Today saya nak share kat anda pic2 lawa rumah baru sepupu saya, tehee....ok dulu saya penah p dh rumah baru nie tapi time tu still dalam renovation. Renovate untuk lanskap time tu dan dalam rumah tu still kosong lagi and takde perabot pun. but baru2 nie rumah tu dah complete! maksud saya dah fully furnished :D then hari tu berkesempatan p terjah2 ala2 segmen terjah dalam TV tu leww  ;P.( konon berkesempatan tapi yg betolnye sebab cousin wat open house time raya ketiga) 


Layans Pic2 nie okayh!



First skali melangkah masuk melalui pintu depan, i was like "omg, nice giler kot....tak sabar nak ade rumah sendiri" haha cliche kan bunyi?. ;P ok nie ruang tamu, sofa yg cantik dan dekorasi yg simple tapi nampak high class.....i like dat pillow yg corak leopard tu, nampak xclusive gittew. :D
saya kasi markah 10/10 untuk ruang tamu. :p


ok abaikan saya yg berisi sebab makan banyak time raya didalam pic nie yg 'konon2' rajin membaca =___=, untuk sofa saya kasi 10/10 jugakk! sebab sofa nie sungguh selesa! :D baru letak bontot dah rasa cam nak landing kat sofa nie dan tido terus. memang empuk... ;P.



Bagi yg suker tangkap gambar guna cermin as medium mesti suka kalau cermin yg besar cmnie ade dalam rumah, selain menampakkan ruang tamu nampak luas ia jugak berfungsi sebagai tempat untuk tengok tudung senget ke tak, bedak kat muka cair ke tak dan tempat nak touch up sebelum kuar. :P part nie saya kasi 7/10.



Tangga untuk ke tingkat atas, cantik...wallpaper pun cantik. bunga kat wallpaper tu kaler gold...memang menampakkan lagi ruang nie exclusive ditambah plak dengan jubin hitam kat tangga tu....boleh turun dari tangga sambil catwalk feeling2 tengah runway kat atas pentas peragaan..hihi. :P markah 9/10.


Pandang je atas nampaklah chandelier (betol tak saya eja nie?) yg indah,#ohsem dan #gojes tergantung kat ruang nie...uuu nampak cam kat hotel la plak. ok sebab ade chandelier nie saya kasi markah bonus kat sepupu kittew 6 markah! :D.


salah satu bilik yg ade kat tingkat atas, dengan bantal dan tilam yg empuk plus dengan suasana bilik yg harmoni memang best kalau tido. ok saya kasi 5/10 sebab mengalahkan bilik saya sendiri di rumah =___=  hahaha jahat kan saya? :P.




Ruang makan dan dapur yg luas, kalau time kenduri kendara atau sedara mara datang bertandang tak la jadi sesak dapur nie....tak berlaga bontot hang aku...tehee... :P.


Lampu yg cantik terletak betol2 kat ruang makan, dekorasi yg cantik dan menarik..so overall saya kasi markah 8/10. ok la tuh kan? :p



Lepas dah puas terjah2 dalam rumah, saya pun terjah kat luar rumah...i was like wow!lanskap macam kat resort la siakk! 0.o as uoll can see, nie la air terjun buatan yg ade kat rumah cousin kittew. dalam kolam tu ade ikan koi...memang kalau tension2 tengok ikan2 yg berenang2 dalam tu tenang la sikit.





See,#gojes dan #ohsem bukan? dah cam kat resort dah saya tengok, overall untuk lanskap saya kasi 10/10 (tepuk tepuk tepuk ! ) sebab lanskap macam kat pusat peranginan...boleh feeling2 p bercuti. :p




pssstttt, nie nak bagitau rahsia sepupu saya dan wife dier menghias rumah, diorang hias sendiri tau sambil dibantu oleh pendapat anak2 diorang. kalau lanskap memang diorang upah orang la begitu jugak kalau nak pasang chandelier,lampu dan wall paper...upah orang yg expert jugak.




ececeh, ingat kittew tak tau la tu sepupu kittew guna majalah Laman Impiana dan Anjung Seri ( as rujukan) untuk hias laman dan ruang dalam rumah?haha kantoi....dekat rak tv dan bawah meja kat ruang tamu no 2 saya tengok berlambak2 majalah nie. :P

Bagi  para suri rumah dan wife yg kat luar sana tu kalau nak laman dan ruang dalam rumah yg #ohsem lagi #gojes, sile jadi pembaca setia bulan2 majalah2 nie! kalau boleh tiap2 bulan langgan. banyak kot petua,tips dan segala yg berkaitan laman dan interior design dalam nie. Jangan menyesal @jeles dan gigit jari kalau jiran sebelah yg merupakan pembaca setia majalah nie laman dan interior design rumah dier superb dari uolls!. 



Suri Rumah: Eh cantiknye laman dan interior design rumah ko jah....mesti ko upah interior designer dan landscape designer yg femes nie?...mahal tak upah diorang?.

Jiran Sebelah: Eh taklah....kalau lanskap memang i upah lanskap designer untuk design sikit lanskap nie, tapi mostly i wat sendiri tau....rujuk buku Laman Impiana. interior design plak i rujuk Anjung Seri...kirenye i hias sendiri tau.

Suri Rumah: ye ke? 0.o **muka tak percaya+tekejut**


scene di rumah

Suri rumah: bang2, jiran sebelah tu laman dan ruang dalam rumah dier #ohsem dan #gojes! macam dalam rumah orang kaya2 cam dalam drama TV tu!.

Suami: so, apa kena mengena dengan saya plak?.

Suri Rumah: Eh ade! abg kena tambah duit belanja dapur saya..sebab saya nak beli majalah Laman Impiana dan Anjung Seri setiap bulan! n__ n boleh dapat tips2 menghias laman dan ruang dalam rumah!. 


"Kak beli majalah Laman Impiana dan Anjung Seri kak"

**ala2 promoter kat supermarket**

Thursday, September 8, 2011

Jom Join Segmen!


Dah lama aku tak join segmen dek kesibukan
so hari nie aku decide nak join ini segmen :D
senang je  segmen nie, jom la join ramai2x!
KELIK kat SINI untuk join.
tunggu apa lagi! jom join segmen! XDD

Wednesday, September 7, 2011

Oh Wow This Is Interesting Lah!

Semua rakyat malaysia masih lagi dalam mood raya, open house masih lagi 'hangat' di anjurkan di mana2 je dan ramai jugak lah kan yg sibuk memenuhi undangan open house sedare mare or kawan2. ha masa nie jugak lah pola pemakanan berubah sedikit, mana tak nye asyik makan makanan yg kalori tinggi....al maklumlah makanan kat open house semua sedap2 belaka. 

Maka dengan itu ramai lah jugak yg akan noticed muka atau badan sedikit berubah aka berat bertambah, pipi kelihatan tembam atau dagu berlapis selepas menyuluh diri di cermin atau di dalam potret keluarga time raya ( ini jugak terjadi dekat saya -,-").  akan tetapi jangan dok risau! thisd problem can be solved...hehehe. iaitu dengan diet mengikut cara yg betol. :D


Berikut adalah Menu seminggu untuk yg nak diet selepas raya

Isnin
Sarapan
1 mangkuk oat dan susu
Nescafe susu

Makan T/hari
1 cawan/mangkuk nasi
1 ketul ayam
1 cawan sayur
1 gelas air sirap
1 potong tembikai

Minum Petang
2 ketul kek

Makan Malam
1 pinggan mee hailam (lebihkan sayur)
1 biji pisang




Selasa
Sarapan
1 keping capati dan kuah dhal
1 cawan teh

Makan T/hari
1 pinggan nasi
1 ekor ikan bakar
1 hidangan ulam pegaga/kacang botol
1 gelas air barli
1 biji pear

Minum Petang
1 pinggan jagung (bakar atau rebus)

Makan Malam
2 keping piza
1 mangkuk salad



Rabu
Sarapan
1 mangkuk oat dan susu
Nescafe susu

Makan T/hari
1 pinggan nasi
1 senduk udang masak sambal
1 senduk sayur campur
1 gelas air kosong
1 potong betik

Minum Petang
1 ketul popia basah

Makan Malam
1 mangkuk mihun sup
1/2 biji jambu batu




Khamis
Sarapan
2 keping roti mil penuh
4 sudu tuna dengan salad dan timun
air soya

Makan T/hari
1 pinggan nasi
1 ketul ayam masak kari
1 cawan sayur hijau kailan
1 gelas air kosong
1 biji epal

Minum Petang
2 biji tauhu sumbat

Makan Malam
1 bungkus nasi kerabu
1 potong tembikai




Jumaat
Sarapan
1 mangkuk bijirin tinggi fiber dan buah
air teh


Makan T/hari
1 pinggan nasi
i ekor ikan sambal
1 mangkuk sup cendawan
1 biji oren


Minum Petang
4 keping biskut mil penuh


Makan Malam
1 mangkuk yong tau fu
1/2 biji jambu batu






Sabtu
Sarapan
1 mangkuk oat dan susu
Nescafe susu


Makan T/hari
1 pinggan nasi
4 ketul daging
1 senduk sayur campur
1 gelas air sirap
2 biji buah plum


Minum Petang
1 mangkuk tau fu fa


Makan Malam
1 pinggan nasi ayam
1 ketul ayam
1 biji oren





Ahad
Sarapan
1 mangkuk soto
1 gelas milo suam


Makan T/hari
1 pinggan sphagetti
1 mangkuk salad
1 biji pisang
1 gelas jus buah

Minum Petang
1 pinggan rojak buah


Makan Malam
1 pinggan mee goreng (lebihkan sayur)
1 potong tembikai



ok yg diatas adalah menu untuk seminggu bagi yg nak berdiet lepas raya, kalau nak cuba sila lah cuba, kalau tak nak cuba pun takpe sebab takde paksaan :).

P/s: Jangan Lupa bersenam sekali ok! baru dapat balik badan yg asal aka slim @ berat badan yg ideal. :)

Wordless Wednesday #5


+

=


+

= ?

what will happen next? guess it okayh! :p




P/s: A picture tells a thousand words.