Thursday, February 19, 2026

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK 1447H/2026M

 



Alhamdulillah, sekali lagi kita diberi peluang dan ruang untuk bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan Ramadan Al-Mubarak 1447H bersamaan 2026M.

Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, tetapi bulan untuk kita memperbaharui niat, memperbaiki diri dan memperbanyakkan amal. Setiap tahun, Ramadan hadir membawa peluang kedua tetapi juga untuk memohon keampunan, membersihkan hati dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Buat rakan-rakan blogger dan sahabat di alam maya, semoga Ramadan kali ini memberi ketenangan dalam kehidupan, kelapangan dalam rezeki dan kekuatan dalam setiap ujian. Semoga segala amalan kita diterima dan dilipatgandakan ganjarannya.

Moga kita semua diberi kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa dengan sempurna, dipermudahkan urusan kerja serta diberi kesempatan untuk memperbanyakkan sedekah dan amal kebajikan.

Jika ada salah dan silap dalam penulisan, perkongsian atau tutur kata sepanjang kita berkenalan di dunia blog ini, saya mohon maaf zahir dan batin.

Selamat berpuasa dan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak 1447H.

🌙 Semoga Ramadan ini lebih baik daripada yang sebelumnya. 🤍

Sekian, Wassalam  

Monday, February 16, 2026

🧧 SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2026 🧧

 

 

Tahun Baru Cina kembali lagi membawa suasana yang penuh warna-warni, kegembiraan dan makna yang mendalam buat masyarakat Tionghoa di Malaysia dan seluruh dunia.

Perayaan ini bukan sekadar simbol pertukaran tahun dalam kalendar lunar, tetapi juga lambang permulaan baharu — peluang untuk memperbaharui azam, mempereratkan hubungan kekeluargaan serta menyemai harapan untuk masa depan yang lebih baik.

Makna Di Sebalik Perayaan

Tahun Baru Cina sering dikaitkan dengan:

  • 🏮 Perjumpaan keluarga dan makan besar (reunion dinner)

  • 🧧 Pemberian angpau sebagai simbol doa dan keberkatan

  • 🍊 Buah limau mandarin yang melambangkan tuah dan kemakmuran

  • 🎆 Hiasan merah yang membawa maksud kegembiraan dan keberanian

Semangat utama perayaan ini adalah kebersamaan, keharmonian dan harapan.

Kepelbagaian yang Menyatukan

Sebagai rakyat Malaysia, keunikan kita terletak pada kepelbagaian budaya dan agama yang diraikan bersama. Perayaan seperti Tahun Baru Cina memberi ruang untuk kita saling mengenali, memahami dan menghormati antara satu sama lain.

Inilah keindahan sebenar perpaduan — apabila kita mampu meraikan perbezaan dalam suasana penuh hormat dan kegembiraan.

Ucapan Ikhlas

Kepada semua yang meraikan, saya ingin mengucapkan:

🧧 Selamat Tahun Baru Cina 2026
Semoga tahun ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik, kejayaan dalam kerjaya serta rezeki yang melimpah ruah.

Kepada yang pulang ke kampung halaman untuk bersama keluarga, semoga perjalanan dipermudahkan dan sentiasa berhati-hati di jalan raya.

Semoga tahun baharu ini membuka lembaran yang lebih cerah untuk kita semua.

Gong Xi Fa Cai! 🧧✨

 

Sekian, Wassalam 

 

Thursday, January 29, 2026

SPONTANEOUS THURSDAY #13

 

 
 Kadang-kadang, kita terlalu sibuk mengejar “progress”
sampai lupa untuk hargai langkah kecil yang kita buat setiap hari.

Hari ini aku belajar untuk perlahan.
Perlahan berfikir.
Perlahan merasa.
Perlahan memahami diri sendiri.

Mungkin inilah makna sebenar perjalanan:
bukan siapa yang sampai dulu,
tapi siapa yang masih bertahan tanpa hilang diri.

Page 29/365.
Masih berjalan. Masih belajar.

Thursday, November 13, 2025

SPONTANEOUS THURSDAY #12

" You might be married to the worst man on earth, like Asiah who married Firaun (Pharoah), but it didn't change her (aqidah). 

 You might be married to the best man on earth, like Nabi Lut's wife, yet that doesn't mean you're going to Jannah with him. 

 You might not be married at all, like our beloved Maryam yet Allah SWT places your status above all other women on earth. 

 Have faith in Allah always and place your full trust in Him. He's the central focal point of our lives " 

 

- Heba El-Haddad-

Wednesday, November 12, 2025

WORDLESS WEDNESDAY #18

 



*Insert Dua Insan Bercinta Song by Ella* only those who know, knows 😗

Friday, September 26, 2025

RESIPI: SOTONG MASAK HITAM

 

 
Versi Simple

 
 
Bahan-bahan
 

  • Sotong yang dibersihkan tanpa dibuang kantung dakwat (anggaran 10-20 ekor ikut banyak mana yang nak) boleh dikurangkan kantung dakwat kalau tak mahu hitam sangat. Kantung dakwat juga boleh diasingkan juga jika mahu.
  • Halia 1 inci dipotong (boleh juga ditumbuk jika mahu)
  • Bawang merah 2-3 ulas boleh lebih mengikut kuantiti sotong, dipotong (boleh juga ditumbuk jika mahu)
  • bawang puting dalam anggaran 2-3 ulas juga boleh lebih mengikut kuantiti sotong, dipotong (boleh juga ditumbuk jika mahu)
  • 1-2 batang serai diketuk
  • Cili padi, diketuk atau dipotong 

 

Cara-cara 

  • Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang dipotong atau ditumbuk dan juga serai tadi sehingga naik bau.
  • Apabila sudah naik bau, boleh masukkan sotong yang telah dibersihkan tanpa dibuang dakwat. Jika kantung dakwat telah diasingkan, boleh masukkan kantung dakwat dahulu.
  • Kacau untuk biarkan kantung dakwat pecah, dan dakwat yang pecah akan keluar menjadi kuah.
  • Perasakan dengan garam, serbuk perasa, serta masukkan asam keping atau sedikit air asam jawa jika mahu ada rasa masam sedikit. Garam jangan lebih sangat kerana dakwat sotong sudah sedikit masin.
  • Jika rasa semua dah okay boleh masukkan cili api dan kacau sebentar dan tutup api kerana sotong kalau masak terlalu lama akan kecut dan keras. 

 
 
Menu ni kalau pekena dengan nasi putih panas-panas memang sedap, bagi yang tertanya-tanya apa rasa sotong masak hitam ni yang guna dakwat sotong..bagi saya rasa dia ada lemak-lemak masin sedikit, sedap (bagi saya la, sebab tekak orang lain-lain kan)
 
 
 
 

 

Untuk yang gambar second ni saya cuba resipi versi johor/singapura yang Atikah Suhaimie post di Tiktok dia di @atikahsuhaimeeee , ini banyak sikit bahan yang digunakan tapi yang ni pun sedap sangat-sangat!. Bagi yang nak cuba versi ni you guys boleh tonton cara-cara untuk masak di Tiktok Atikah Suhaimie di video yang mak dia datang dari Singapura masakkan untuk dia semasa dia pregnant.

 

Okay, sekian itu saja..saja berkongsi resipi sebab rasa macam lama tak buat entri resipi kan. Hahahah

 

Sekian, Wassalam