"Sementara itu Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Arif Mohd Kashim, berkata setiap individu yang mendapatkan pembiayaan PTPTN perlu sedar bahawa hukum melunaskan pinjaman pendidikan adalah sama dengan pembayaran hutang membabitkan harta lain seperti kenderaan dan kediaman.
"Lebih 400,000 peminjam yang dilaporkan masih culas membayar balik pinjaman PTPTN, perlu ingat wang itu adalah duit rakyat yang bertujuan membantu pelajar susah untuk menyambung pengajian.
"Mereka yang (gagal melunaskan hutang) akan dipersoalkan Allah SWT di akhirat kelak. Hutang tetap hutang dan jika kita abaikan, hukumnya adalah haram serta berdosa, malah kita akan diperhitungkan di hadapan Allah SWT nanti.
"Jangan memandang ringan hanya kerana ia hutang pelajaran, kerana kita sudah menandatangani surat perjanjian (berkaitan persetujuan untuk membuat bayaran balik)," katanya. "
Alhamdulillah, setelah sekian lama bayar pinjaman PTPTN bulan-bulan akhirnya selesai juga. Ya Allah bersyukur sangat akhirnya dapat langsaikan pinjaman PTPTN ni walaupun bayar mengikut rate dalam perjanjian loan dulu. Sumpah rasa macam mimpi bila dapat settlekan hutang PTPTN ni 😭😭😭Alhamdulillah terima kasih PTPTN sebab bagi saya pinjaman untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti.
Dengan PTPTN ni la aku gunakan untuk yuran, perbelanjaan untuk menampung keperluan beli buku-buku yang diperlukan untuk subjek-subjek di Universiti dulu dan untuk print segala assignment/bahan yang diperlukan untuk buat assignment. Yela aku bukan berasal dari keluarga yang senang, abah pun kena tanggung adik-adik lagi yang masih bersekolah masa tu.
Kepada yang masih dalam proses loan repayment tu, I wish you guys all the best! InsyaAllah akan habis juga nanti, lagipun sekarang boleh guna KWSP untuk bayar balik (tapi in my case saya taknak sentuh KWSP, jadi bayar bulan-bulan macam biasa). Tapi for those yang nak guna KWSP untuk settlekan cepat tiada masalah, bergantung pada kemampuan masing-masing ya. Ingat bayar jangan kurang dari rate yang dalam perjanjian PTPTN you guys ya, sebab nanti akan jadi tunggakan dan akan affect CCRIS/CTOS you guys nanti. Kalau tak sampai bila takkan habis pinjaman PTPTN tu.
Sekarang dah senang nak check bila date akan habis pinjaman PTPTN, rate repayment apa semua. you guys boleh daftar MyPTPTN dekat Sini . Aku generate surat selesai bayar balik tu pun dekat situ, MyPTPTN pun ada apps di smartphone yang you guys boleh download.
Okay, taknak panjang-panjang because I just wanna share my happy story dekat you guys. Walaupun ada yang kata eleh settle bayar PTPTN je kot, but saya tak cerita how struggle I am untuk bayar jadi bila dah settle ni rasa happy sangat-sangat.
P/S: Post ini bukan ditaja oleh PTPTN ya
Sekian, Wassalam
10 comments:
Tahniah dah habis bayar satu komitment.
btw sy follow ye. Salam ukhwah :)
alhamdulillah... anak kak ana hari tu dapat pelepasan tanpa bayaran balik kerana lulus 1st degree dalam pengajiannya, lega lah juga kan.. singgah dan follow 266
Terima kasih Aien..alhamdulillah tak sangka dapat jugak settle loan PTPTN ni. ya Allah terima kasih follow, saya pun dah follow back :D
Alhamdulillah kak, wow pandainya anak akak. Saya sipi2 nak dapat 1st class degree dulu :') sobbsss...adik saya je dpt 1st class degree. tapi Alhamdulillah dapat juga saya langsaikan hutang. Terima kasih follow...blog akak anajingga.com ke? ke saya salah followback, hihi..boleh letak link blog akak untuk di followback?
Alhamdulillah... tahniah berjaya melangsaikan hutang. Pasti lega bila berakhir sudah satu komitmen. Jadi duit portion bayar PTPTN tu boleh masuk ASB dsb. Anggap macam tak wujud duit tu jadi tak adalah terguna pula.
Terima kasih kak, alhamdulillah lega sangat...tu la saya plan nak buat masuk ASB pulak portion PTPTN tu.
Itu yg paling baik... setelkan cepat2... Takyah pening2
Ya..sebab tu saya consistent every month bayar
Oh JD ada skema pinjaman utk belajar yaa di sana? Saya tak tahulah Indonesia ada atau tak. Saya dan adik pun dulu kuliah di Penang soalnya 😂. Jadi kami tak perasan juga ttg sistem universitas di Indonesia 😅
Tapi kalo jatuhnya pinjaman, memang wajiblah dilunasi. Jangan sampai tidak, apalagi kalo bisa mempengaruhi history credit kita di bank. Nanti malah susah nak ajukan pinjaman lain
iya, disini ada pinjaman bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dan ke atas.. :)
Post a Comment