Pernah tak rasa letih sangat sampai kita kadang-kadang rasa ragu-ragu dengan diri sendiri walaupun kita dah cuba sedaya upaya yang terbaik?
As for me, yes kadang aku rasa penat sampaikan pernah overthinking. Mana taknya kalau selalu kena macam ni:
i. Dibeza-bezakan di tempat kerja
ii. Dipandang rendah sebab masih dianggap 'freshie' di tempat kerja
ii. Pertanyaan "bila nak beli rumah?, kau nak jadi homeless ke nanti?" oleh orang terdekat.
Ya....sampai satu tahap aku rasa diri aku ni macam useless, nothing, tak bernilai dan sebagainya. Sampaikan dah isi borang tukar keluar, sebab dah pasrah dan pujuk diri sendiri mungkin pengganti aku nanti di situ lagi better dari aku, jadi biarlah aku masuk giliran untuk tukar keluar ke tempat lain. (However my immediate supervisor belum sign that borang lagi, I will seek time to see him face to face to humbly informed him that I already placed that form at his table and hope he can sign my form)
Bab beli rumah, of course I have a dream to buy my own house. Siapa je yang taknak memiliki rumah sendiri kan? jika ditanya dekat semua orang pun of course they will answer that they really want to buy their own house/place. Tapi it's not my rezeki yet, sampaikan if pergi mall and ada booth property sale I will took the pamphlet dan brochure yang diberikan oleh sales person sambil berdoa dalam hati " Ya Allah ya tuhanku, bagilah aku dapat membeli rumah aku sendiri dengan cepat..bagilah aku dapat memiliki kediaman aku sendiri."
Doa ni jugak antara yang aku selit bila berdoa termasuk doa di Hari Arafah baru-baru ni, sampaikan jika ada colleague yang pergi mekah for umrah I will kirim doa yang sama..dan juga tebalkan muka untuk comment di Video Tiktok orang yang buat video beli their first house yang lalu di FYP aku mintak to that person untuk doakan aku supaya aku dapat juga membeli rumah dengan cepat. 😔😔😔
Walau penat. Aku masih bertahan sebab aku percaya pada rezeki itu Allah SWT yang beri dan aku tahu, usaha dan doa aku tak akan sia-sia dan didengari olehNYA. Aku percaya yang Allah tahu letih kita. Dia tahu setiap air mata yang kita tahan, setiap malam yang kita habiskan dalam doa yang tak bersuara.
Allah janji dalam Surah Al-Insyirah, ayat 6:
"Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan."
Ayat ini bukan sekadar ayat untuk tenang, tapi satu janji dariNYA — bahawa penat kita tak sia-sia.
Ada ganjaran yang Allah dah susun. Cuma kita belum sampai. Tapi kita dah dekat.
Sekian, Wassalam
6 comments:
Sabar dik, itu je mampu sy nak cakap, mulut orang di sekeling ni mmg kita ssh nak tutup, sampai 1 masa mungkin kita dh lali dan biar je lah diorang meroyan, kita jadi diri sendiri apa adanya kita skrg
Sampai masanya, Insya-Allah, ada rezeki untuk punya rumah sendiri. Apa orang lain cakap, masuk kanan, keluar kiri. Kalau nak pikir orang cakap, boleh sakit jiwa kita.
Terima kasih kak..kadang2 penat dengan mulut orang ni..sampai rasa diri ni useless.
Aminnn....semoga kata2 sis ni doa yg dimakbulkan Allah. :')
Sabar...itu je yang akak selalu buat..akak dah lali ngan semua senari kat atas tu...insyaallah akhirnya allah bagi pelangi nanti...
Sometimes kita harus belajar utk kuatkan hati mendengarkan Kata2 orang lain bang. Tutup telinga. Jika yg mereka sampaikan memang bagus, oke, we listen. Tp jika hanya menyakitkan hati, dah, tak usah dengar. Fokus dengan target dan tujuan kita.
Jangan biarkan Kata2 menyakitkan hati jadi mendistract pikiran kita. ☺️. Zaman sekarang nih, mostly semua orang bersikap individualis, tak peduli dengan orang lain. Mereka bertanya, kapan nak beli rumah, tp terkadang tujuan mereka hanya nak mocking.
Betul kata kak SA,. Nanti ada waktunya rezeki itu akan datang ke Abang. ☺️
Post a Comment