Monday, June 2, 2025

TANYONG (TANJUNG) DALAM SIRI EMPRESS OF AYODHAYA ADALAH DARI KERAJAAN MELAYU?

 Dalam siri Netflix, The Empress of Ayodhaya terdapat empat (4) orang gundik yang berasal dari 4 keluarga diraja Siam pada masa itu iaitu Lopburi (dari Timur), Sukhothai (dari Utara) , Suphan Bhuri (dari Barat) dan Nakhon Si Tammarat (dari Selatan) dan salah satu yang menarik perhatian aku adalah watak Tanyong atau dalam bahasa melayu 'Tanjung' yang dikatakan berasal dari Kerajaan Melayu Ligor atau sekarang dikenali sebagai Nakhon Si Thammarat.


Menurut sejarah, nama asal Nakhon Si Thammarat adalah Ligor. Kerajaan Ligor adalah antara kerajaan melayu lama yang terletak di selatan Thai. Setelah dijajah oleh Kerajaan Sriwijaya (Srivijaya), Kerajaan Ligor telah menukar namanya kepada Negara Sri Darmaraja (Negara=Nakhon, Sri = Si, Darmaraja = Thammarat).

(Gambar dari TT: BicaraFilem)


Justeru itu, Tanyong (Tanjung) yang dari wilayah Nakhon Si Thammarat yakni Kerajaan Ligor adalah melayu seperti yang disebut dalam riwayat-riwayat Melayu kerana mempunyai penampilan berbeza dari gundik yang berasal dari Kerajaan Siam/Thai yang lain.
1. Cucuk sanggul, berbeza dengan wanita lain yang memakai semacam gelang rambut, tipikal wanita bangsawan Thai. Sekaligus gaya ikat rambut juga berbeza dengan bersanggul manakala wanita lain bercekak ke atas dengan gelang itu
2. Berkemban namun ada selendang (yang gunanya menutupi bahagian atas/dada), tipikal pakaian wanita Melayu zaman dahulu atau lebih kepada cara pemakaian wanita kelantan di kurun ke 16 hingga 18:



3. Kain yang dipakai bercorak/motif batik. Ada juga kain bergaya songket
4. Wanita pengiring atau dayang yang membawa sirih junjung, di mana ia merupakan tradisi Melayu dalam upacara perkahwinan, menyambut tetamu, persembahan dan keraian.

5. Dalam salah satu adegan, Tanyong (Tanjung) mengeluarkan senjata iaitu Keris yang seperti mana you guys tahu begitu sinonim dengan orang melayu.


In my personal opinion and conclusion, memang menunjukkan yang team production siri Empress of Ayodhaya ni menggambarkan Tanyong (Tanjung) dan Nakhon Si Thammarat atau Kerajaan Ligor (pada masa dahulu) adalah sebagai wilayah Melayu dengan pakaian dan identiti khas Melayu.

Bagi yang belum watch Empress of Ayodhaya series boleh cuba untuk menonton di Netflix, for me i rate this series 4 over 5. Tapi sebagai disclaimer, Siri ini are not based on 100% Ayutthaya history pada masa tu.

For those yang berminat nak memahami dengan mendalam tentang perjalanan sejarah dan kekayaan budaya Siam, you guys boleh membeli Buku Kitab Tamadun Siam dari Patriots Publishing, saya dah beli di Shoppee Patriots Publishing dan belum habis lagi baca. (Ini bukan ditaja oleh Patriots Publishing ya). 


Oh ya, I am a history lover dan selepas habis baca Kitab Tamadun Siam ni I would like to purchase Kitab Tamadun Melayu I & II dan juga Ilmu Alam Melayu dari Patriots Publishing.


Okay, itu sahaja untuk entri kali ini..if ada yang dah tengok Siri Empress of Ayodhaya di Netflix boleh drop your comment in comment section ya ! :D


Psst...Tanyong ni memang sebutan dari perkataan Melayu iaitu 'Tanjung' dalam dialek Siam. Tak percaya? listen to this song below ya 😎:






Sekian, Wassalam

11 comments:

Time Traveller said...

Bacaan yang menarik.. Kitab Tamadun SIAM tu nak carilah nanti.. Rumah kita tak ada neflix kena tunggu keluar di youtube jer la :D

Time Traveller said...

btw salam kenal yer.. dah official jadi follower yg ke 270 :D
free free follow lah blog kita kalau berminat :D

syazwan tahir said...

Youtube mungkin lambat sikit la..setakat ni saya baca (belum habis lagi) memang best buku Kitab Tamadun Siam tu. Btw terima kasih follow..done follow back.

Mznimnwr said...

Ada tengok juga cerita ni kat netflix, best tapi sedih sikit penghujung dia jadi gitu je. Ingatkan queen tu bertaubat
Tapi bila baca sejarah asal pun, mmng dia kena bunuh pun sbb buat perkara terlarang kan

syazwan tahir said...

Oh yeke..saya tak baca lagi yg sejarah sebenar pasal queen sridacha tu lagi..hehe, nnti saya try google

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Saya juga sukaaaa sejarah. Walau lebih suka membaca bukunya. Boleh juga saat nanti ke KL nak cari lah buku ini.

Tanyong atau tanjung, nama ini populer juga yaa. Kalau di Sumatera Utara dan sumatera barat Tanjung itu nama marga. . Dan saya yg asal dari Sumatera Utara, marga mama saya juga tanjung. Kalo saya ikut ke papa marganya.

Jadi tertarik nak nonton series ini. Pemainnya pun cantiiik sangat.

Rawiwa said...

Boleh masuk dalam list siri ni... tak banyak drama thai yang ditonton sebab kadang banyak sangat series.
Detail juga penerbit drama ini yang menitikberatkan tradisi Melayu untuk actress tersebut sesuai dengan wataknya.

syazwan tahir said...

Iya fanny, Tanjung nama melayu lama..oh kalau di sana seumpama nama keluarga ya? sila nonton dong..pokoknya seru banget series ni :D

syazwan tahir said...

Best kak...boleh masuk dlm list untuk tonton..saya tengah layan Series The Legend Of Nang Nak pulak di Netflix. kan kak, production dia detail sebab Kerajaan Nakhon Si Thammarat (Kerajaan Ligor) memang Kerajaan Melayu Buddha dulu

Suria Amanda said...

First time akak masuk sini...banyak entry2 menarik..slowly akak baca ye...done follow...jemput singgah teratak akak...

syazwan tahir said...

Terima kasih kak sudi singgah di blog picisan saya ni..kebanyakan entri kadang random je kak haha..terima kasih sudi follow