(Klik Untuk Besarkan)
"Sementara itu Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Arif Mohd Kashim, berkata
setiap individu yang mendapatkan pembiayaan PTPTN perlu sedar bahawa
hukum melunaskan pinjaman pendidikan adalah sama dengan pembayaran
hutang membabitkan harta lain seperti kenderaan dan kediaman.
"Lebih 400,000 peminjam yang dilaporkan masih culas membayar balik
pinjaman PTPTN, perlu ingat wang itu adalah duit rakyat yang bertujuan
membantu pelajar susah untuk menyambung pengajian.
"Mereka yang (gagal melunaskan hutang) akan dipersoalkan Allah SWT di
akhirat kelak. Hutang tetap hutang dan jika kita abaikan, hukumnya
adalah haram serta berdosa, malah kita akan diperhitungkan di hadapan
Allah SWT nanti.
"Jangan memandang ringan hanya kerana ia hutang pelajaran, kerana
kita sudah menandatangani surat perjanjian (berkaitan persetujuan untuk
membuat bayaran balik)," katanya. "
Alhamdulillah, setelah sekian lama bayar pinjaman PTPTN bulan-bulan akhirnya selesai juga. Ya Allah bersyukur sangat akhirnya dapat langsaikan pinjaman PTPTN ni walaupun bayar mengikut rate dalam perjanjian loan dulu. Sumpah rasa macam mimpi bila dapat settlekan hutang PTPTN ni ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜Alhamdulillah terima kasih PTPTN sebab bagi saya pinjaman untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti.
Dengan PTPTN ni la aku gunakan untuk yuran, perbelanjaan untuk menampung keperluan beli buku-buku yang diperlukan untuk subjek-subjek di Universiti dulu dan untuk print segala assignment/bahan yang diperlukan untuk buat assignment. Yela aku bukan berasal dari keluarga yang senang, abah pun kena tanggung adik-adik lagi yang masih bersekolah masa tu.
Kepada yang masih dalam proses loan repayment tu, I wish you guys all the best! InsyaAllah akan habis juga nanti, lagipun sekarang boleh guna KWSP untuk bayar balik (tapi in my case saya taknak sentuh KWSP, jadi bayar bulan-bulan macam biasa). Tapi for those yang nak guna KWSP untuk settlekan cepat tiada masalah, bergantung pada kemampuan masing-masing ya. Ingat bayar jangan kurang dari rate yang dalam perjanjian PTPTN you guys ya, sebab nanti akan jadi tunggakan dan akan affect CCRIS/CTOS you guys nanti. Kalau tak sampai bila takkan habis pinjaman PTPTN tu.
Sekarang dah senang nak check bila date akan habis pinjaman PTPTN, rate repayment apa semua. you guys boleh daftar MyPTPTN dekat Sini . Aku generate surat selesai bayar balik tu pun dekat situ, MyPTPTN pun ada apps di smartphone yang you guys boleh download.
Okay, taknak panjang-panjang because I just wanna share my happy story dekat you guys. Walaupun ada yang kata eleh settle bayar PTPTN je kot, but saya tak cerita how struggle I am untuk bayar jadi bila dah settle ni rasa happy sangat-sangat.
P/S: Post ini bukan ditaja oleh PTPTN ya
Sekian, Wassalam