Assalammualaikum WBT & Salam Sejahtera, ni untuk short update tapi untuk you guys yang grew up around 80's or 90's mesti notice yang kualiti mainan dulu dan sekarang dah tak sama. Paling obvious yang I notice is Barbie Doll.
Sedikit background pasal Barbie Doll ni adalah Barbie Doll dicipta oleh Ruth Handler, diperkenalkan pada 9 Mac 1959 di Pameran Alat Permainan Antarabangsa Amerika Syarikat. Ruth mendapat inspirasi daripada anak patung buatan Jerman yang bernama Bild Lilli dan menamakannya sempena nama anaknya, Barbara. Barbie,
sebagai boneka fesyen remaja, telah menjadi ikon budaya pop yang
popular dan terus berkembang, termasuk dengan pelbagai etnik dan kerjaya.
Bild Lilli Doll
Bild Lilli adalah anak patung buatan Jerman yang dibuat pada tahun 1955. Awalnya, Bild Lilli dipasarkan sebagai hadiah jenaka untuk orang dewasa dan dijual di kedai-kedai menjual rokok dan bar di Jerman,
tetapi kemudian menjadi popular di kalangan anak-anak karena rekaannya yang unik dan pakaian yang boleh diganti-ganti. Ruth Handler iaitu pengasas Mattel kemudian membeli hak cipta untuk Bild Lilli dan mengembangkan menjadi Barbie Doll yang kita kenal sekarang.
Barbie kemudiannya dilancarkan pada 09 Mac1959 oleh Ruth Handler di New York Toy Fair dengan rekaan pakaian mandi bercorak kuda belang
Once in a while kadang-kadang di mall yg ada Toys R Us, I ni masuk la jugak untuk cuci-cuci mata menengok-nengok mainan yang dijual disitu, dan paling obvious kualiti Barbie Doll yang playline set yang dipasarkan untuk budak-budak kecil main dan bukan Collector Edition untuk orang dewasa kualiti sangat-sangat rendah ya macam contoh seperti di bawah:
Agak berbeza jika nak dibandingka dengan Barbie Doll keluaran 1959 sampai ke era 2010 macam tu:
Trivia
Pada 1998 Mattel pernah
mengeluarkan Barbie Edisi Khas yang diberikan khas kepada
delegasi-delegasi APEC 1998 yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia
Pada Tahun 1999, Mattel pernah mengeluarkan Kebaya Barbie di bawah Songket Series secara exclusive untuk pasaran Malaysia, my adik perempuan pernah ada one of these tapi Barbie yang pakai kebaya merah jambu seperti di bawah:
As my personal conclusion and opinion, memang quality jauh beza antara Barbie Doll keluaran dulu dan sekarang. Sekarang if you guys nak quality yang bagus you need to pay extra to buy Barbie Doll under collectors edition for adult. Dengan harga yg for me agak mahal tapi dengan quality yang sedih, nak beli for anak-anak or anak buah as hadiah pun saya rasa parents kat luar sana mesti fikir dua tiga kali.
By the way this issue bukan sahaja disuarakan oleh saya sorang je, in fact ramai lagi Barbie lover di negara-negara luar pun menyuarakan benda yang sama.
P/S: Siapa yang kerja with Mattel Malaysia? mohon bawa feedback ini ke superior ya :') atau ada Mattel representative yg baca entri ini ke sila take note ya. tskkk
Sekian, Wassalam