Monday, June 2, 2025

TANYONG (TANJUNG) DALAM SIRI EMPRESS OF AYODHAYA ADALAH DARI KERAJAAN MELAYU?

 Dalam siri Netflix, The Empress of Ayodhaya terdapat empat (4) orang gundik yang berasal dari 4 keluarga diraja Siam pada masa itu iaitu Lopburi (dari Timur), Sukhothai (dari Utara) , Suphan Bhuri (dari Barat) dan Nakhon Si Tammarat (dari Selatan) dan salah satu yang menarik perhatian aku adalah watak Tanyong atau dalam bahasa melayu 'Tanjung' yang dikatakan berasal dari Kerajaan Melayu Ligor atau sekarang dikenali sebagai Nakhon Si Thammarat.


Menurut sejarah, nama asal Nakhon Si Thammarat adalah Ligor. Kerajaan Ligor adalah antara kerajaan melayu lama yang terletak di selatan Thai. Setelah dijajah oleh Kerajaan Sriwijaya (Srivijaya), Kerajaan Ligor telah menukar namanya kepada Negara Sri Darmaraja (Negara=Nakhon, Sri = Si, Darmaraja = Thammarat).

(Gambar dari TT: BicaraFilem)


Justeru itu, Tanyong (Tanjung) yang dari wilayah Nakhon Si Thammarat yakni Kerajaan Ligor adalah melayu seperti yang disebut dalam riwayat-riwayat Melayu kerana mempunyai penampilan berbeza dari gundik yang berasal dari Kerajaan Siam/Thai yang lain.
1. Cucuk sanggul, berbeza dengan wanita lain yang memakai semacam gelang rambut, tipikal wanita bangsawan Thai. Sekaligus gaya ikat rambut juga berbeza dengan bersanggul manakala wanita lain bercekak ke atas dengan gelang itu
2. Berkemban namun ada selendang (yang gunanya menutupi bahagian atas/dada), tipikal pakaian wanita Melayu zaman dahulu atau lebih kepada cara pemakaian wanita kelantan di kurun ke 16 hingga 18:



3. Kain yang dipakai bercorak/motif batik. Ada juga kain bergaya songket
4. Wanita pengiring atau dayang yang membawa sirih junjung, di mana ia merupakan tradisi Melayu dalam upacara perkahwinan, menyambut tetamu, persembahan dan keraian.

5. Dalam salah satu adegan, Tanyong (Tanjung) mengeluarkan senjata iaitu Keris yang seperti mana you guys tahu begitu sinonim dengan orang melayu.


In my personal opinion and conclusion, memang menunjukkan yang team production siri Empress of Ayodhaya ni menggambarkan Tanyong (Tanjung) dan Nakhon Si Thammarat atau Kerajaan Ligor (pada masa dahulu) adalah sebagai wilayah Melayu dengan pakaian dan identiti khas Melayu.

Bagi yang belum watch Empress of Ayodhaya series boleh cuba untuk menonton di Netflix, for me i rate this series 4 over 5. Tapi sebagai disclaimer, Siri ini are not based on 100% Ayutthaya history pada masa tu.

For those yang berminat nak memahami dengan mendalam tentang perjalanan sejarah dan kekayaan budaya Siam, you guys boleh membeli Buku Kitab Tamadun Siam dari Patriots Publishing, saya dah beli di Shoppee Patriots Publishing dan belum habis lagi baca. (Ini bukan ditaja oleh Patriots Publishing ya). 


Oh ya, I am a history lover dan selepas habis baca Kitab Tamadun Siam ni I would like to purchase Kitab Tamadun Melayu I & II dan juga Ilmu Alam Melayu dari Patriots Publishing.


Okay, itu sahaja untuk entri kali ini..if ada yang dah tengok Siri Empress of Ayodhaya di Netflix boleh drop your comment in comment section ya ! :D


Psst...Tanyong ni memang sebutan dari perkataan Melayu iaitu 'Tanjung' dalam dialek Siam. Tak percaya? listen to this song below ya 😎:






Sekian, Wassalam

Monday, May 26, 2025

SELESAI HUTANG PERBADANANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL

(Klik Untuk Besarkan)

"Sementara itu Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Arif Mohd Kashim, berkata setiap individu yang mendapatkan pembiayaan PTPTN perlu sedar bahawa hukum melunaskan pinjaman pendidikan adalah sama dengan pembayaran hutang membabitkan harta lain seperti kenderaan dan kediaman.

"Lebih 400,000 peminjam yang dilaporkan masih culas membayar balik pinjaman PTPTN, perlu ingat wang itu adalah duit rakyat yang bertujuan membantu pelajar susah untuk menyambung pengajian.

"Mereka yang (gagal melunaskan hutang) akan dipersoalkan Allah SWT di akhirat kelak. Hutang tetap hutang dan jika kita abaikan, hukumnya adalah haram serta berdosa, malah kita akan diperhitungkan di hadapan Allah SWT nanti.

"Jangan memandang ringan hanya kerana ia hutang pelajaran, kerana kita sudah menandatangani surat perjanjian (berkaitan persetujuan untuk membuat bayaran balik)," katanya. "

Alhamdulillah, setelah sekian lama bayar pinjaman PTPTN bulan-bulan akhirnya selesai juga. Ya Allah bersyukur sangat akhirnya dapat langsaikan pinjaman PTPTN ni walaupun bayar mengikut rate dalam perjanjian loan dulu. Sumpah rasa macam mimpi bila dapat settlekan hutang PTPTN ni 😭😭😭Alhamdulillah terima kasih PTPTN sebab bagi saya pinjaman untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti. 

Dengan PTPTN ni la aku gunakan untuk yuran, perbelanjaan untuk menampung keperluan beli buku-buku yang diperlukan untuk subjek-subjek di Universiti dulu dan untuk print segala assignment/bahan yang diperlukan untuk buat assignment. Yela aku bukan berasal dari keluarga yang senang, abah pun kena tanggung adik-adik lagi yang masih bersekolah masa tu.

 Kepada yang masih dalam proses loan repayment tu, I wish you guys all the best! InsyaAllah akan habis juga nanti, lagipun sekarang boleh guna KWSP untuk bayar balik (tapi in my case saya taknak sentuh KWSP, jadi bayar bulan-bulan macam biasa). Tapi for those yang nak guna KWSP untuk settlekan cepat tiada masalah, bergantung pada kemampuan masing-masing ya. Ingat bayar jangan kurang dari rate yang dalam perjanjian PTPTN you guys ya, sebab nanti akan jadi tunggakan dan akan affect CCRIS/CTOS you guys nanti. Kalau tak sampai bila takkan habis pinjaman PTPTN tu.

Sekarang dah senang nak check bila date akan habis pinjaman PTPTN, rate repayment apa semua. you guys boleh daftar MyPTPTN dekat Sini . Aku generate surat selesai bayar balik tu pun dekat situ, MyPTPTN pun ada apps di smartphone yang you guys boleh download.

Okay, taknak panjang-panjang because I just wanna share my happy story dekat you guys. Walaupun ada yang kata eleh settle bayar PTPTN je kot, but saya tak cerita how struggle I am untuk bayar jadi bila dah settle ni rasa happy sangat-sangat.

 

P/S: Post ini bukan ditaja oleh PTPTN ya  


Sekian, Wassalam

 

 

Thursday, May 15, 2025

Spontaneous Thursday #8

 

Assalammualaikum dan good morning

On my previous post I did mentioned yang I just got a Nintendo Switch Oled ("Eh kenapa tak tunggu switch 2 keluar je?" shush, shut up please), Therefore as Nintendo Switch newbie, I would like to seek some suggestions from you guys yang own Nintendo Switch for game yang best-best untuk Nintendo Switch ni.

 

I did purchased 3 games Nintendo Switch (walaupun second hand game, harga RM100+ juga ya =__=") as below and so far I did enjoy playing these games:

 


Personal rating: 4.5 over 5

 

 


Personal rating: 4.5 over 5 (beli sebab pernah main di PS2 dulu, can't wait for the sequel to come out! XD)


 Personal rating: 4 over 5 (
Beli sebab kipas susah mati pokemon..tskkk :') )

 

I did have my own wishlist yang dalam planning untuk beli masa pergi tinjau-tinjau game di mall haritu like:

 

  • Persona 3 reload
  • Persona 5 Royal
  • Animal Crossing: New Horizon 
  • Pokemon Scarlet
  • Pokemon Legend Arceus
  • Legend of Mana HD
  • Little Nightmare I & II
  • Super Smash Bros Ultimate
  • Mario Odyssey
  • Mario Kart
  •  Legend of Zelda: Breath of Wild 

 

So if you guys have suggestion game for Nintendo Switch yang best-best kindly leave your suggestion at the comment section ya, oh it can include cozy games too since I suka jugak main game Story of Seasons. Thank you in advance ! 💋😆

 

 

 

Sekian, Wassalam

 

 

Tuesday, May 13, 2025

MAINAN ZAMAN 90an YANG PERNAH MENJADI WISHLIST

Pernahkah anda mendengar istilah Baby Boomers, Gen X, Y (millenium/millenials), Z dan Alpha? Okay kalau belum tahu marilah kita mengambil tahu sedikit sebanyak apa sebenarnya istilah tersebut dan anda semua merupakan generasi yang mana satu.

 

Nah there you go: 

 Generasi Baby Boomers

 Generasi yang lahir di tahun 1946 - 1964 , sebab digelar baby boomers kerana pada masa selepas perang kadar  kelahiran meningkat secara pesat setelah beransur pulih daripada kesulitan masa perang.

 

Generasi X

 Generasi yang lahir di tahun 1965 - 1980


Generasi Y

Generasi yang lahir di tahun 1981 - 1996


Generasi Z

Generasi yang lahir di tahun 1997 - 2010


Generasi Alpha 

Generasi yang lahir di tahun 2010 dan ke atas (sekarang)


Nak dijadikan cerita baru-baru ini terlayan satu American Sitcom yang title Fresh Off The Boat dekat Disney Hotstar, rating yang aku bagi untuk sitkom ni 4.5/5 sebab bagi aku memang best

 


 

Jadi sitkom ni berdasarkan Autobiography Chef dan Food Personality Amerika Eddie Huang dengan tajuk yang sama iaitu 'Fresh Off The Boat', sitkom ni based on pengalaman sendiri Eddie Huang dengan keluarga dia yang merupakan imigran dari Taiwan di negara Uncle Sam (Amerika Syarikat) di tahun 1990.

Disebabkan aku Gen Y yang lahir around 1992 (ehem..but i'm forever 21 ya) and latar masa sitkom itu adalah tahun 1990, jadi sedikit sebanyak mengimbau kenangan membesar di zaman itu sebab there are so many gadgets and toys, music, pop culture etc yang in masa zaman tu ditonjolkan dalam sitkom Fresh Off The Boat.

 

 Jadi me as a budak yg membesar pada zaman itu, memang untuk tau gadgets, toys yang tengah in dan on sale adalah berdasarkan iklan yang keluar di TV atau majalah/newspaper pada zaman tu. Jadi pada masa tu as a budak kecik yang dari keluarga yang sederhana hanya mampu menyimpan angan-angan untuk memiliki toys yang pernah nampak di iklan di kaca televisyen dan majalah/surat khabar. (hmmm bila dah ada duit sendiri dah takde jual pulak 😓)

 

As listed adalah yang toys yang pernah jadi wishlist zaman membesar dulu-dulu:

 

Tamagotchi & Cyberpets

 

 
Cukup menyenangkan bila tak payah nak susah-susah bersihkan bahan buangan atau keluarkan duit beli makanan, cukup sekadar picit-picit untuk bagi makan atau bagi mandi 😂

 

Play Doh



 Dulu selalu keluar iklan dia di tv, tapi masa dulu mampu beli plastisin murah beli di kedai runcit lepastu kena marah sebab lantai ada kesan minyak and comot :')

 

Furby

 


Sangat comel and dia cakap dalam bahasa dia sendiri, dulu pernah nampak di Toys R Us tapi harga agak keras..tskkk :')

 

Gameboy Color


Pernah teringin nak mempunyai Game Boy Color sebab ternampak anak cikgu sekolah masa tu bawak di sekolah, tapi mampu main di kedai yg kena masukkan syiling untuk harga 20 sen bagi 10 minit, lepas habis dapat kacang je.

 

Barbie Doll 


Pernah tumpang main sama-sama yang adik sepupu punya bila dia balik di rumah nenek dari KL, tapi sorry to say Barbie dulu-dulu kualiti sangat bagus even yg playline punya set, sekarang untuk playline punya kualiti hampeh..nak cantik kena beli yg collector edition yang harga mahal gila. Mattel please improve your playline set macam dulu-dulu, sekarang nak beli untuk anak buah perempuan pun macam tak padan harga dengan kualiti =______="

 

Remote Control Cars 


Dulu pernah merengek-rengek dekat abah nak remote control car bila ternampak dalam katalog Makro dekat page toys section, disebabkan itu abah belikan :') terima kasih abah belikan anakmu ini remote control car..bertahan juga dalam 5 tahun sebelum betul-betul rosak. Jenama yang mahal masa tu kalau tak silap Nikko, kakak sepupu pernah kerja di kilang tu di Pulau Pinang tapi dalam tahun 2008 dah tutup kalau tak silap.

 

 

As listed above is my wishlist mainan/gadget yang pernah teringin nak dan alhamdulillah ada yg dapat, kalau boleh diputarkan masa nak kembali semula ke zaman tu yang stress free, tak payah fikir komitmen apa semua. Tapi apakan daya itu semua tidak dapat kembali dan menjadi kenangan manis dalam hidupku. Tapi kadang-kadang ada jugak beli toys untuk diri sendiri, bak kata orang 'to heal my inner child'. Kalau tak silap di Pulau Pinang ada Toys Museum, jadi sesiapa yg happen pergi Pulau Pinang untuk bercuti boleh la singgah.


Okay sekian saja penulisan ku untuk hari ini (walaupun takde yang baca pun blog dah zaman sekarang 😂 wakakaka).

 

 

Sekian, Wassalam

 

Pernahkah mendengar istilah Baby Boomers, generasi X, Y, Z, millenials hingga alpha?

Artikel ini telah tayang di Kompas.com dengan judul "Mengenal Apa Itu Generasi Baby Boomers, X, Y, Z, Millenials, dan Alpha", Klik untuk baca: https://www.kompas.com/tren/read/2021/12/26/170000565/mengenal-apa-itu-generasi-baby-boomers-x-y-z-millenials-dan-alpha?page=all.


Kompascom+ baca berita tanpa iklan: https://kmp.im/plus6
Download aplikasi: https://kmp
Pernahkah mendengar istilah Baby Boomers, generasi X, Y, Z, millenials hingga alpha?

Artikel ini telah tayang di Kompas.com dengan judul "Mengenal Apa Itu Generasi Baby Boomers, X, Y, Z, Millenials, dan Alpha", Klik untuk baca: https://www.kompas.com/tren/read/2021/12/26/170000565/mengenal-apa-itu-generasi-baby-boomers-x-y-z-millenials-dan-alpha?page=all.


Kompascom+ baca berita tanpa iklan: https://kmp.im/plus6
Download aplikasi: https://kmp.im/app6

Thursday, May 8, 2025

REZEKI YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA

 "Terkadang kita meminta sesuatu kepada Allah, namun yang di dapatkan ternyata lebih besar dari perkiraan. Itulah salah satu nikmat Allah yang tak terduga."

Dan dia yang memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya 

(Surah At Thalaq: 3) 



Kepada yang membaca, kadang kala kita akan ingat rezeki yang diberikan adalah berbentuk benda/material seperti duit/emas/rumah sampaikan kita  lupa rezeki yang Allah SWT kurniakan boleh juga dalam bentuk Kesihatan, keselamatan, kebahagiaan, keluarga dan rakan-rakan yang baik. (itu saya masa waktu kecil yang noob bila ingat rezeki tu dapat duit yang banyak, rumah besar, kaya raya 😓)

 

On last March was actually my birthday month ( ehem , saja nak mention jugak ye..ewah) dan sebenarnya tak expect di umur-umur macam ni I akan receive birthday present, But Alhamdulillah rezeki dikelilingi orang-orang yang baik they still gave me the birthday present even dah almost 2 weeks after my birthday date.

 

To those yang memberikan hadiah, saya sangat-sangat menghargainya 💓😙😍 semoga Allah memberikan pahala dan rezeki yang berlipat kali ganda buat kalian. Aminnn , I will cherish all those gift yang diberi.

 

 
Kegilaan para pelancong dari negara jiran Indonesia cekelat ni, thank you kepada 2 orang kakak di ofis yang bagi cekelat beryls yang sedap ni 💝..satu bagi tiramisu satu lagi saya dah lupa perisa apa  



 
Terima kasih kepada sorang lagi kakak ofis yang bagi Ferrero Rocher, macam tau-tau je diriku ini pencinta chocolate. hewhewhew 😍
 

 

Terima kasih kepada satu orang lagi kakak di ofis yang bagi hadiah bluetooth speaker ni, bolehla daku memainkan lagu-lagu dari Spotify yang tak premium ni..terpaksa dengar iklan kejap-kejap tu. kah kah kah (eh berapa banyak kakak ofis daaa dekat ofis hang ni? kakakaka..ya ofis saya banyak staff perempuan ye 😂) 
 

 
 And also, I didn't expect to get Nintendo Switch Oled Neon yang dalam wishlist untuk dibeli sebagai hadiah birthday, to you..I really am touched with this, sanggup buat surprise untuk saya 😢💘💓 P/S: sila suggest game NS yang best, setakat ni I baru ada Demon Slayer: Hinokami Chronicles, Pokemon Sword dan Okami HD..sobsss, itupun beli game yang second ye.


 

Okay itu saja post berkenaan rezeki di blog saya, terima kasih kepada yang sudi membaca..saya doakan semua yang membaca entry ini sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah SWT..Aminnn.

 

Last but not least, boleh saya mintak lagi satu doa dari kalian semua? Tolong doakan saya (Muhammad Syazwan bin Mohamad Tahir) supaya dimurahkan rezeki agar dapat membeli dan memiliki rumah dengan cepat. How I wish I can have a place that I can proudly call "Rumah saya" 😞😞😞

 


 

 Cantik kan? berangan-angan kalau dah beli rumah apartment nanti untuk renovate begini..yang basic dan penting dulu pun takpe. sobss 

(Sumber: Google)

 

 

Sekian, Wassalam