Apakah tajuk yang kurang cerdik itu? Siapa yang taip. Saya pun tension sebenarnya sebab lama tak menulis. Lama tak menyempat nak tulis di blog.
Okay sebab kenapa tak update blog secara konsisten:
1. Idea sudah mari, maka dengan semangat berkobar-kobar dah draft dalam benak fikiran nak menulis apa habis kerja sekarang, sampai di pejabat boss pulak seru masuk bilik dia untuk discussion. Tskkk
2. Dah dapat 'wahyu' daripada boss, maka kena prioritize untuk make sure task-task yang disuruh selesaikan dapat disiapkan or execute. *Kalau tak nanti kena bebel+marah :')*
3. Dah selesai task apa semua, email lain pulak masuk yang memerlukan perhatian. (dah macam kena bagi perhatian dekat girlfriend pulak =__=")
4. Masuk mesyuarat yang dah dischedule dengan boss-boss, lepas tu kena buat minit mesyuarat la kan.
5. Settle minit mesyuarat, kena semak 2-3 kali before submit ke boss utk di sign.
6. Eh ada amendment yang kena buat, makanya kena buat amendment dekat minit mesyuarat..tskkk
7. Masuk lagi task-task lain yg kena settle selain melayan kerenah orang-orang di ofis.
8. Dah cukup time, balik rumah..lepas mandi-mandi, maghrib apa semua time to baring atas katil.
9. Dah baring atas katil, boring la pulak....maka scroll2 tiktok 30 minit sambil2 bookmark video review barang yg wishlist nak beli.
10. Dah settle scroll tiktok, capai Nintendo Switch..bukak game Animal Crossing pulak.
11. Sedar2, dah pukul 10 malam..maka time untuk tidurrrrr. (Esok bangun pergi kerja mencari rejekiii)
P/s: Maka yang dah di draft dalam benak pikiran postpone ke esok dan esok dan esoknyaaa...sobbbsss T___T
No comments:
Post a Comment