Tahukah anda yang Mattel pada tahun 1999, Mattel pernah mengeluarkan Kebaya Barbie di bawah Songket Series secara exclusive untuk pasaran Malaysia
Dan pada tahun sebelumnya iaitu pada tahun 1998, Mattel mengeluarkan Barbie Edisi Khas iaitu Malaysian Barbie sebagai 'doorgift' kepada delegasi-delegasi APEC yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun tersebut. Barbie Edisi Khas ini bukan untuk pasaran umum kerana ianya diberikan secara percuma kepada delegasi-delegasi APEC 1998. Jika you guys dapat beli ianya boleh dikatakan 'rare' jugak lah.
Di Malaysia, pengumpul anak
patung termasuk Barbie terbanyak yang diiktiraf Malaysia Book of Records
adalah Elizabeth Chrysotom dari Petaling Jaya. Beliau telah mengumpul
sebanyak lebih 1,000 koleksi anak patung termasuk Barbie dan Sindy dan
diberi julukan 'Ratu Barbie Malaysia'.
P/S: Ada peminat Barbie doll di sini?
Sekian, Wassalam
3 comments:
Terima kasih sudi singgah di blog saya.
Tak boleh pula follow di sini.
Terima kasih sis sudi singgah juga..sama2, boleh follow melalui section followers yang saya letak di sebelah kanan blog ni :D
kunjungan balas.
kita terpaling takot dgn doll seakan human begini.
pernah dulu ada doll kita campak dalam longkang, sebab jenis mata boleh berkelip. rasa doll tu hidup memalam.
Post a Comment