Wednesday, April 29, 2026

DAH SAMPAI MASA CARI KERJA BARU KE? 🚩 (TANDA-TANDA KORANG KENA "MOVE ON")



Assalamualaikum & Hai korang!

Minta maaf sangat-sangat sebab dah lama blog ni bersawang tanpa update. Maklum sajalah, bulan Syawal ni jadual padat luar biasa. Dengan open house tak henti-henti (sampai baju raya pun dah makin ketat! Hehe), lepas tu bila balik ofis, kerja pula menimbun macam gunung Kinabalu. Baru hari ni ada ruang sikit nak bernafas dan menulis balik.

Sambil-sambil I tengah catch up dengan kerja kat ofis tadi, I terbaca satu artikel yang sangat mendalam tentang kerjaya. Ia buat I terfikir ramai antara kita yang takut nak change jobs sebab rasa leceh nak kena adapt tempat baru. Tapi sebenarnya, stay dekat tempat yang toksik atau "stuck" lagi bahaya untuk mental health kita tau.

Jom check, ada tak korang rasa tanda-tanda ni sekarang:

1. Majikan Mula "Ghosting" 👻

Kalau dulu boss laju je reply email, sekarang krik-krik. Email penting pun dia buat tak tahu je. Lagi satu, kalau appraisal korang pun dia buat acuh tak acuh, and projek korang mula kena pass kat orang lain... that’s a huge red flag! Ini petanda company mungkin dah tak nampak masa depan korang kat situ.

2. Penat yang Luar Biasa (Burnout) 🧠

If korang rasa constantly stressed, susah nak tidur, and asyik rasa nak marah je, listen to your body. Kalau tiap-tiap hari korang cuma tunggu masa nak "punch out" atau asyik tengok jam, maksudnya passion tu dah makin pudar. Kerja patutnya buat kita rasa excited, bukan rasa macam kena paksa setiap saat.

3. Rasa Macam "Halimunan" 👻

Pernah rasa idea korang tak kena layan? Atau orang lain ambil credit atas kerja korang? It’s frustrating, right? Kalau korang dah cuba improve team work tapi still tak ada perubahan, maybe it’s time to find a place that actually values your worth.

4. Dah "Outgrown" Role Sekarang 📈

Kadang-kadang, company tu okay, kawan-kawan pun gempak, tapi korang dah rasa tak ada benda baru nak belajar. Jangan sebab "setia," korang korbankan career growth sendiri. Kalau dah tak ada ruang nak naik, it’s okay to look elsewhere.


Bottom line is... Jangan tunggu sampai kena buang kerja baru nak cari yang baru. Bak kata orang, sediakan payung sebelum hujan. It’s always better to search for a job when you still have one. Pasaran sekarang tengah rancak, banyak company dah mula tawarkan better environment and benefits yang lagi mantap.

Korang macam mana? Ada yang tengah plan nak update resume ke tu? Hehe. Share la kat ruangan komen kalau korang pun pernah rasa tanda-tanda kat atas ni. 


Sekian, Wassalam 

Thursday, February 19, 2026

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK 1447H/2026M

 



Alhamdulillah, sekali lagi kita diberi peluang dan ruang untuk bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan Ramadan Al-Mubarak 1447H bersamaan 2026M.

Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, tetapi bulan untuk kita memperbaharui niat, memperbaiki diri dan memperbanyakkan amal. Setiap tahun, Ramadan hadir membawa peluang kedua tetapi juga untuk memohon keampunan, membersihkan hati dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Buat rakan-rakan blogger dan sahabat di alam maya, semoga Ramadan kali ini memberi ketenangan dalam kehidupan, kelapangan dalam rezeki dan kekuatan dalam setiap ujian. Semoga segala amalan kita diterima dan dilipatgandakan ganjarannya.

Moga kita semua diberi kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa dengan sempurna, dipermudahkan urusan kerja serta diberi kesempatan untuk memperbanyakkan sedekah dan amal kebajikan.

Jika ada salah dan silap dalam penulisan, perkongsian atau tutur kata sepanjang kita berkenalan di dunia blog ini, saya mohon maaf zahir dan batin.

Selamat berpuasa dan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak 1447H.

🌙 Semoga Ramadan ini lebih baik daripada yang sebelumnya. 🤍

Sekian, Wassalam  

Monday, February 16, 2026

🧧 SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2026 🧧

 

 

Tahun Baru Cina kembali lagi membawa suasana yang penuh warna-warni, kegembiraan dan makna yang mendalam buat masyarakat Tionghoa di Malaysia dan seluruh dunia.

Perayaan ini bukan sekadar simbol pertukaran tahun dalam kalendar lunar, tetapi juga lambang permulaan baharu — peluang untuk memperbaharui azam, mempereratkan hubungan kekeluargaan serta menyemai harapan untuk masa depan yang lebih baik.

Makna Di Sebalik Perayaan

Tahun Baru Cina sering dikaitkan dengan:

  • 🏮 Perjumpaan keluarga dan makan besar (reunion dinner)

  • 🧧 Pemberian angpau sebagai simbol doa dan keberkatan

  • 🍊 Buah limau mandarin yang melambangkan tuah dan kemakmuran

  • 🎆 Hiasan merah yang membawa maksud kegembiraan dan keberanian

Semangat utama perayaan ini adalah kebersamaan, keharmonian dan harapan.

Kepelbagaian yang Menyatukan

Sebagai rakyat Malaysia, keunikan kita terletak pada kepelbagaian budaya dan agama yang diraikan bersama. Perayaan seperti Tahun Baru Cina memberi ruang untuk kita saling mengenali, memahami dan menghormati antara satu sama lain.

Inilah keindahan sebenar perpaduan — apabila kita mampu meraikan perbezaan dalam suasana penuh hormat dan kegembiraan.

Ucapan Ikhlas

Kepada semua yang meraikan, saya ingin mengucapkan:

🧧 Selamat Tahun Baru Cina 2026
Semoga tahun ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik, kejayaan dalam kerjaya serta rezeki yang melimpah ruah.

Kepada yang pulang ke kampung halaman untuk bersama keluarga, semoga perjalanan dipermudahkan dan sentiasa berhati-hati di jalan raya.

Semoga tahun baharu ini membuka lembaran yang lebih cerah untuk kita semua.

Gong Xi Fa Cai! 🧧✨

 

Sekian, Wassalam 

 

Thursday, January 29, 2026

SPONTANEOUS THURSDAY #13

 

 
 Kadang-kadang, kita terlalu sibuk mengejar “progress”
sampai lupa untuk hargai langkah kecil yang kita buat setiap hari.

Hari ini aku belajar untuk perlahan.
Perlahan berfikir.
Perlahan merasa.
Perlahan memahami diri sendiri.

Mungkin inilah makna sebenar perjalanan:
bukan siapa yang sampai dulu,
tapi siapa yang masih bertahan tanpa hilang diri.

Page 29/365.
Masih berjalan. Masih belajar.

Thursday, November 13, 2025

SPONTANEOUS THURSDAY #12

" You might be married to the worst man on earth, like Asiah who married Firaun (Pharoah), but it didn't change her (aqidah). 

 You might be married to the best man on earth, like Nabi Lut's wife, yet that doesn't mean you're going to Jannah with him. 

 You might not be married at all, like our beloved Maryam yet Allah SWT places your status above all other women on earth. 

 Have faith in Allah always and place your full trust in Him. He's the central focal point of our lives " 

 

- Heba El-Haddad-

Wednesday, November 12, 2025

WORDLESS WEDNESDAY #18

 



*Insert Dua Insan Bercinta Song by Ella* only those who know, knows 😗

Friday, September 26, 2025

RESIPI: SOTONG MASAK HITAM

 

 
Versi Simple

 
 
Bahan-bahan
 

  • Sotong yang dibersihkan tanpa dibuang kantung dakwat (anggaran 10-20 ekor ikut banyak mana yang nak) boleh dikurangkan kantung dakwat kalau tak mahu hitam sangat. Kantung dakwat juga boleh diasingkan juga jika mahu.
  • Halia 1 inci dipotong (boleh juga ditumbuk jika mahu)
  • Bawang merah 2-3 ulas boleh lebih mengikut kuantiti sotong, dipotong (boleh juga ditumbuk jika mahu)
  • bawang puting dalam anggaran 2-3 ulas juga boleh lebih mengikut kuantiti sotong, dipotong (boleh juga ditumbuk jika mahu)
  • 1-2 batang serai diketuk
  • Cili padi, diketuk atau dipotong 

 

Cara-cara 

  • Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang dipotong atau ditumbuk dan juga serai tadi sehingga naik bau.
  • Apabila sudah naik bau, boleh masukkan sotong yang telah dibersihkan tanpa dibuang dakwat. Jika kantung dakwat telah diasingkan, boleh masukkan kantung dakwat dahulu.
  • Kacau untuk biarkan kantung dakwat pecah, dan dakwat yang pecah akan keluar menjadi kuah.
  • Perasakan dengan garam, serbuk perasa, serta masukkan asam keping atau sedikit air asam jawa jika mahu ada rasa masam sedikit. Garam jangan lebih sangat kerana dakwat sotong sudah sedikit masin.
  • Jika rasa semua dah okay boleh masukkan cili api dan kacau sebentar dan tutup api kerana sotong kalau masak terlalu lama akan kecut dan keras. 

 
 
Menu ni kalau pekena dengan nasi putih panas-panas memang sedap, bagi yang tertanya-tanya apa rasa sotong masak hitam ni yang guna dakwat sotong..bagi saya rasa dia ada lemak-lemak masin sedikit, sedap (bagi saya la, sebab tekak orang lain-lain kan)
 
 
 
 

 

Untuk yang gambar second ni saya cuba resipi versi johor/singapura yang Atikah Suhaimie post di Tiktok dia di @atikahsuhaimeeee , ini banyak sikit bahan yang digunakan tapi yang ni pun sedap sangat-sangat!. Bagi yang nak cuba versi ni you guys boleh tonton cara-cara untuk masak di Tiktok Atikah Suhaimie di video yang mak dia datang dari Singapura masakkan untuk dia semasa dia pregnant.

 

Okay, sekian itu saja..saja berkongsi resipi sebab rasa macam lama tak buat entri resipi kan. Hahahah

 

Sekian, Wassalam 

 

 



Wednesday, September 24, 2025

WORDLESS WEDNESDAY #17

 


 


 

📝 P/S: Mengaku je la… zaman remaja you guys around 2007–2013, mesti pernah surfing Tumblr cari gambar aesthetic buat profile pic Myspace/Friendster atau jadikan phone/laptop wallpaper, kan? 🤭✨ Kakakakaka nostalgic vibes!

 

Wednesday, July 23, 2025

SPONTANEOUS THURSDAY #11 (KENAPA SAYA TAK UPDATE BLOG DENGAN KONSISTEN?)

 


Apakah tajuk yang kurang cerdik itu? Siapa yang taip. Saya pun tension sebenarnya sebab lama tak menulis. Lama tak menyempat nak tulis di blog. 

 

 Okay sebab kenapa tak update blog secara konsisten:

 

1. Idea sudah mari, maka dengan semangat berkobar-kobar dah draft dalam benak fikiran nak menulis apa habis kerja sekarang, sampai di pejabat boss pulak seru masuk bilik dia untuk discussion. Tskkk

 

2. Dah dapat 'wahyu' daripada boss, maka kena prioritize untuk make sure task-task yang disuruh selesaikan dapat disiapkan or execute. *Kalau tak nanti kena bebel+marah :')*

 

3. Dah selesai  task apa semua, email lain pulak masuk yang memerlukan perhatian. (dah macam kena bagi perhatian dekat girlfriend pulak =__=")

 

4. Masuk mesyuarat yang dah di-schedule dengan boss-boss, lepas tu kena buat minit mesyuarat la kan.

 

5. Settle minit mesyuarat, kena semak 2-3 kali before submit ke boss utk di sign.

 

6. Eh ada amendment yang kena buat, makanya kena buat amendment dekat minit mesyuarat..tskkk

 

7. Masuk lagi task-task lain yg kena settle selain melayan kerenah orang-orang di ofis.

 

8. Dah cukup time, balik rumah..lepas mandi-mandi, maghrib apa semua time to baring atas katil.

 

9. Dah baring atas katil, boring la pulak....maka scroll2 tiktok 30 minit sambil2 bookmark video review barang yg wishlist nak beli.

 

10. Dah settle scroll tiktok, capai Nintendo Switch..bukak game Animal Crossing pulak.

 

11. Sedar2, dah pukul 10 malam..maka time untuk tidurrrrr. (Esok bangun pergi kerja mencari rejekiii)

 

P/s: Maka yang dah di draft dalam benak pikiran postpone ke esok dan esok dan esoknyaaa...sobbbsss T___T 

Thursday, July 3, 2025

BLOG DISCLAIMER

 

syazwantahir.blogspot.com does not represent or endorse the accuracy or reliability of any information's, content or advertisements contained on, distributed through, or linked, downloaded or accessed from any of the services contained on this website, nor the quality of any products, information's or any other material displayed,purchased, or obtained by you as a result of an advertisement or any other information's or offer in or in connection with the services herein.

You hereby acknowledge that any reliance upon any materials shall be at your sole risk. syazwantahir.blogspot.com reserves the right, in it's sole discreation and without any obligation, to make improvements to, or correct any error or omissions in any portion of the service or the materials.

THE SERVICES AND THE MATERIALS ARE PROVIDED BY syazwantahir.blogspot.com ON AN "AS IS" BASIS, AND syazwantahir.blogspot.com EXPRESSLY DISCLAIMS ANY AND ALL WARRANTIES, EXPRESS OR IMPLIED, WITHOUT LIMITATION WARRANTIES OF MERCHANTABILITY AND FITNESS FOR A PARTICULAR PURPOSE, WITH RESPECT TO THE SERVICE OR ANY MATERIALS AND PRODUCTS IN NO EVENT SHALL TO syazwantahir.blogspot.com

BE LIABLE FOR ANY DIRECT, INDIRECT, INCIDENTAL, PUNITIVE, OR CONSEQUENTIAL DAMAGES OF ANY KIND WHAT'S OVER WITH RESPECT TO THE SERVICE, THE MATERIALS AND THE PRODUCTS.

syazwantahir.blogspot.com respects the rights (including the intellectual property rights) of others and we ask our users to do the same. syazwantahir.blogspot.com may in appropriate circumstances and in it's sole dis-creation, terminate the accounts of users that infringe or otherwise violate such rights of others.

 

Thank you and happy blogging you guys!

SPONTANEOUS THURSDAY #10

 


 
Tahukah anda yang Mattel pada  tahun 1999, Mattel pernah mengeluarkan Kebaya Barbie di bawah Songket Series secara exclusive untuk pasaran Malaysia
 

 Dan pada tahun sebelumnya iaitu pada tahun 1998, Mattel mengeluarkan Barbie Edisi Khas iaitu Malaysian Barbie sebagai 'doorgift' kepada delegasi-delegasi APEC yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun tersebut. Barbie Edisi Khas ini bukan untuk pasaran umum kerana ianya diberikan secara percuma kepada delegasi-delegasi APEC 1998. Jika you guys dapat beli ianya boleh dikatakan 'rare' jugak lah.
 
 
 

Di Malaysia, pengumpul anak patung termasuk Barbie terbanyak yang diiktiraf Malaysia Book of Records adalah Elizabeth Chrysotom dari Petaling Jaya. Beliau telah mengumpul sebanyak lebih 1,000 koleksi anak patung termasuk Barbie dan Sindy dan diberi julukan 'Ratu Barbie Malaysia'. 
  
Minatnya untuk mengumpul anak patung bermula seawal usia 7 tahun ianya bermula pada 1965 apabila kakak Elizabeth menghadiahkan anak patung yang dibeli di luar negara kepada Elizabeth. Percaya atau tak, anak patung pertama yang dihadiahkan oleh kakaknya masih elok dan disimpan sebagai salah satu koleksinya. 
 
 
P/S: Ada peminat Barbie doll di sini? 
 
Sekian, Wassalam 
 


Monday, June 30, 2025

MATTEL, TOLONG KEMBALIKAN KUALITI BARBIE SEPERTI DULU

 Assalammualaikum WBT & Salam Sejahtera, ni untuk short update tapi untuk you guys yang grew up around 80's or 90's mesti notice yang kualiti mainan dulu dan sekarang dah tak sama. Paling obvious yang I notice is Barbie Doll.

Sedikit background pasal Barbie Doll ni adalah Barbie Doll  dicipta oleh Ruth Handler, diperkenalkan pada 9 Mac 1959 di Pameran Alat Permainan Antarabangsa Amerika Syarikat. Ruth mendapat inspirasi daripada anak patung buatan Jerman yang bernama Bild Lilli dan menamakannya sempena nama anaknya, Barbara. Barbie, sebagai boneka fesyen remaja, telah menjadi ikon budaya pop yang popular dan terus berkembang, termasuk dengan pelbagai etnik dan kerjaya.

 

 

Bild Lilli Doll 

Bild Lilli adalah anak patung buatan Jerman yang dibuat pada tahun 1955. Awalnya, Bild Lilli dipasarkan sebagai hadiah jenaka untuk orang dewasa dan dijual di kedai-kedai menjual rokok dan bar di Jerman, tetapi kemudian menjadi popular di kalangan anak-anak karena rekaannya yang unik dan pakaian yang boleh diganti-ganti. Ruth Handler iaitu pengasas Mattel kemudian membeli hak cipta untuk Bild Lilli dan mengembangkan menjadi Barbie Doll yang kita kenal sekarang.

 

 

Barbie kemudiannya dilancarkan pada 09 Mac1959 oleh Ruth Handler di New York Toy Fair dengan rekaan pakaian mandi bercorak kuda belang 

Once in a while kadang-kadang di mall yg ada Toys R Us, I ni masuk la jugak untuk cuci-cuci mata menengok-nengok mainan yang dijual disitu, dan paling obvious kualiti Barbie Doll yang playline set yang dipasarkan untuk budak-budak kecil main  dan bukan Collector Edition untuk orang dewasa  kualiti sangat-sangat rendah ya macam contoh seperti di bawah:

 


 

Agak berbeza jika nak dibandingka  dengan Barbie Doll keluaran 1959 sampai ke era 2010 macam tu:

 


 


 


 







 
  
 

Trivia

  
Pada 1998 Mattel pernah mengeluarkan Barbie Edisi Khas yang diberikan khas kepada delegasi-delegasi APEC 1998 yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia
 
 

 

Pada Tahun 1999, Mattel pernah mengeluarkan Kebaya Barbie di bawah Songket Series secara exclusive untuk pasaran Malaysia, my adik perempuan pernah ada one of these tapi Barbie yang pakai kebaya merah jambu seperti di bawah:


As my personal conclusion and opinion, memang quality jauh beza antara Barbie Doll keluaran dulu dan sekarang. Sekarang if you guys nak quality yang bagus you need to pay extra to buy Barbie Doll under collectors edition for adult. Dengan harga yg for me agak mahal tapi dengan quality yang sedih, nak beli for anak-anak or anak buah as hadiah pun saya rasa parents kat luar sana mesti fikir dua tiga kali.
 
By the way this issue bukan sahaja disuarakan oleh saya sorang je, in fact ramai lagi Barbie lover di negara-negara luar pun menyuarakan benda yang sama. 
 
P/S: Siapa yang kerja with Mattel Malaysia? mohon bawa feedback ini ke superior ya :') atau ada Mattel representative yg baca entri ini ke sila take note ya. tskkk 
 
Sekian, Wassalam 


Saturday, June 21, 2025

How Are You?

 

 
Terus terang, If someone or strangers bertanya seperti ini I think I'll burst into tears.
Rasa terlalu banyak yang dipendam dan terbuku di dada, walaupun di depan orang-orang selalu berusaha untuk terlihat senyum dan okay namun hakikatnya diri sendiri yang tahu.  
 
Jadi, sekali sekala bertanyalah kepada keluarga, sahabat terdekat atau rakan sekerja sama ada mereka okay atau tidak. You'll never know that even the simple gesture like that makes people appreciate it the most. Sebab kadang  ada orang dia tak tahu macam mana nak meluahkan masalah jadi dia akan selalu pendam.
 
Baiklah, itu saja short update dari saya..terima kasih kepada yang sudi baca. 
 
P/S: Dah lama takde orang tanya saya sama ada saya okay atau tak. Doakan saya kuat menghadapi segala ujian dan rintangan ya. :') 
 
Sekian, Wassalam 

Thursday, June 12, 2025

SPONTANEOUS THURSDAY #9 (TERKADANG RASA PENAT)

 


Pernah tak rasa letih sangat sampai kita kadang-kadang rasa ragu-ragu dengan diri sendiri walaupun kita dah cuba sedaya upaya yang terbaik?

As for me, yes kadang aku rasa penat sampaikan pernah overthinking. Mana taknya kalau selalu kena macam ni:

i. Dibeza-bezakan di tempat kerja
ii. Dipandang rendah sebab masih dianggap 'freshie' di tempat kerja
ii. Pertanyaan "bila nak beli rumah?, kau nak jadi homeless ke nanti?" oleh orang terdekat. 

Ya....sampai satu tahap aku rasa diri aku ni macam useless, nothing, tak bernilai dan sebagainya. Sampaikan dah isi borang tukar keluar, sebab dah pasrah dan pujuk diri sendiri mungkin pengganti aku nanti di situ lagi better dari aku, jadi biarlah aku masuk giliran untuk tukar keluar ke tempat lain. (However my immediate supervisor belum sign that borang lagi, I will seek time to see him face to face to humbly informed him that I already placed that form at his table and hope he can sign my form)

Bab beli rumah, of course I have a dream to buy my own house. Siapa je yang taknak memiliki rumah sendiri kan? jika ditanya dekat semua orang pun of course they will answer that they really want to buy their own house/place. Tapi it's not my rezeki yet, sampaikan if pergi mall and ada booth property sale I will took the pamphlet dan brochure yang diberikan oleh sales person sambil berdoa dalam hati " Ya Allah ya tuhanku, bagilah aku dapat membeli rumah aku sendiri dengan cepat..bagilah aku dapat memiliki kediaman aku sendiri."

Doa ni jugak antara yang aku selit bila berdoa termasuk doa di Hari Arafah baru-baru ni, sampaikan jika ada colleague yang pergi mekah for umrah I will kirim doa yang sama..dan juga tebalkan muka untuk comment di Video Tiktok orang yang buat video beli their first house yang lalu di FYP aku mintak to that person untuk doakan aku supaya aku dapat juga membeli rumah dengan cepat. 😔😔😔

Walau penat. Aku masih bertahan sebab aku percaya pada rezeki itu Allah SWT yang beri dan aku tahu, usaha dan doa aku tak akan sia-sia dan didengari olehNYA. Aku percaya yang Allah tahu letih kita. Dia tahu setiap air mata yang kita tahan, setiap malam yang kita habiskan dalam doa yang tak bersuara.

Allah janji dalam Surah Al-Insyirah, ayat 6:
"Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan."
Ayat ini bukan sekadar ayat untuk tenang, tapi satu janji dariNYA — bahawa penat kita tak sia-sia.

Ada ganjaran yang Allah dah susun. Cuma kita belum sampai. Tapi kita dah dekat.


Sekian, Wassalam


Thursday, June 5, 2025

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2025

 

Assalammualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sebelum bercuti, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 2025

 Saya doakan kamu dan keluarga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Ilahi. Moga Aidiladha ini membawa kedamaian dan ketenangan jiwa kepada semua. Aminnn

 

 P/S: Bagi yang akan pulang ke kampung masing-masing, semoga selamat sampai ke destinasi ya :D

 

 

Sekian, Wassalam 

 

Monday, June 2, 2025

TANYONG (TANJUNG) DALAM SIRI EMPRESS OF AYODHAYA ADALAH DARI KERAJAAN MELAYU?

 Dalam siri Netflix, The Empress of Ayodhaya terdapat empat (4) orang gundik yang berasal dari 4 keluarga diraja Siam pada masa itu iaitu Lopburi (dari Timur), Sukhothai (dari Utara) , Suphan Bhuri (dari Barat) dan Nakhon Si Tammarat (dari Selatan) dan salah satu yang menarik perhatian aku adalah watak Tanyong atau dalam bahasa melayu 'Tanjung' yang dikatakan berasal dari Kerajaan Melayu Ligor atau sekarang dikenali sebagai Nakhon Si Thammarat.


Menurut sejarah, nama asal Nakhon Si Thammarat adalah Ligor. Kerajaan Ligor adalah antara kerajaan melayu lama yang terletak di selatan Thai. Setelah dijajah oleh Kerajaan Sriwijaya (Srivijaya), Kerajaan Ligor telah menukar namanya kepada Negara Sri Darmaraja (Negara=Nakhon, Sri = Si, Darmaraja = Thammarat).

(Gambar dari TT: BicaraFilem)


Justeru itu, Tanyong (Tanjung) yang dari wilayah Nakhon Si Thammarat yakni Kerajaan Ligor adalah melayu seperti yang disebut dalam riwayat-riwayat Melayu kerana mempunyai penampilan berbeza dari gundik yang berasal dari Kerajaan Siam/Thai yang lain.
1. Cucuk sanggul, berbeza dengan wanita lain yang memakai semacam gelang rambut, tipikal wanita bangsawan Thai. Sekaligus gaya ikat rambut juga berbeza dengan bersanggul manakala wanita lain bercekak ke atas dengan gelang itu
2. Berkemban namun ada selendang (yang gunanya menutupi bahagian atas/dada), tipikal pakaian wanita Melayu zaman dahulu atau lebih kepada cara pemakaian wanita kelantan di kurun ke 16 hingga 18:



3. Kain yang dipakai bercorak/motif batik. Ada juga kain bergaya songket
4. Wanita pengiring atau dayang yang membawa sirih junjung, di mana ia merupakan tradisi Melayu dalam upacara perkahwinan, menyambut tetamu, persembahan dan keraian.

5. Dalam salah satu adegan, Tanyong (Tanjung) mengeluarkan senjata iaitu Keris yang seperti mana you guys tahu begitu sinonim dengan orang melayu.


In my personal opinion and conclusion, memang menunjukkan yang team production siri Empress of Ayodhaya ni menggambarkan Tanyong (Tanjung) dan Nakhon Si Thammarat atau Kerajaan Ligor (pada masa dahulu) adalah sebagai wilayah Melayu dengan pakaian dan identiti khas Melayu.

Bagi yang belum watch Empress of Ayodhaya series boleh cuba untuk menonton di Netflix, for me i rate this series 4 over 5. Tapi sebagai disclaimer, Siri ini are not based on 100% Ayutthaya history pada masa tu.

For those yang berminat nak memahami dengan mendalam tentang perjalanan sejarah dan kekayaan budaya Siam, you guys boleh membeli Buku Kitab Tamadun Siam dari Patriots Publishing, saya dah beli di Shoppee Patriots Publishing dan belum habis lagi baca. (Ini bukan ditaja oleh Patriots Publishing ya). 


Oh ya, I am a history lover dan selepas habis baca Kitab Tamadun Siam ni I would like to purchase Kitab Tamadun Melayu I & II dan juga Ilmu Alam Melayu dari Patriots Publishing.


Okay, itu sahaja untuk entri kali ini..if ada yang dah tengok Siri Empress of Ayodhaya di Netflix boleh drop your comment in comment section ya ! :D


Psst...Tanyong ni memang sebutan dari perkataan Melayu iaitu 'Tanjung' dalam dialek Siam. Tak percaya? listen to this song below ya 😎:






Sekian, Wassalam