Wednesday, August 6, 2025
Wednesday, July 23, 2025
SPONTANEOUS THURSDAY #11 (KENAPA SAYA TAK UPDATE BLOG DENGAN KONSISTEN?)
Apakah tajuk yang kurang cerdik itu? Siapa yang taip. Saya pun tension sebenarnya sebab lama tak menulis. Lama tak menyempat nak tulis di blog.
Okay sebab kenapa tak update blog secara konsisten:
1. Idea sudah mari, maka dengan semangat berkobar-kobar dah draft dalam benak fikiran nak menulis apa habis kerja sekarang, sampai di pejabat boss pulak seru masuk bilik dia untuk discussion. Tskkk
2. Dah dapat 'wahyu' daripada boss, maka kena prioritize untuk make sure task-task yang disuruh selesaikan dapat disiapkan or execute. *Kalau tak nanti kena bebel+marah :')*
3. Dah selesai task apa semua, email lain pulak masuk yang memerlukan perhatian. (dah macam kena bagi perhatian dekat girlfriend pulak =__=")
4. Masuk mesyuarat yang dah dischedule dengan boss-boss, lepas tu kena buat minit mesyuarat la kan.
5. Settle minit mesyuarat, kena semak 2-3 kali before submit ke boss utk di sign.
6. Eh ada amendment yang kena buat, makanya kena buat amendment dekat minit mesyuarat..tskkk
7. Masuk lagi task-task lain yg kena settle selain melayan kerenah orang-orang di ofis.
8. Dah cukup time, balik rumah..lepas mandi-mandi, maghrib apa semua time to baring atas katil.
9. Dah baring atas katil, boring la pulak....maka scroll2 tiktok 30 minit sambil2 bookmark video review barang yg wishlist nak beli.
10. Dah settle scroll tiktok, capai Nintendo Switch..bukak game Animal Crossing pulak.
11. Sedar2, dah pukul 10 malam..maka time untuk tidurrrrr. (Esok bangun pergi kerja mencari rejekiii)
P/s: Maka yang dah di draft dalam benak pikiran postpone ke esok dan esok dan esoknyaaa...sobbbsss T___T
Thursday, July 3, 2025
BLOG DISCLAIMER
You hereby acknowledge that any reliance upon any materials shall be at your sole risk. syazwantahir.blogspot.com reserves the right, in it's sole discreation and without any obligation, to make improvements to, or correct any error or omissions in any portion of the service or the materials.
syazwantahir.blogspot.com respects the rights (including the intellectual property rights) of others and we ask our users to do the same. syazwantahir.blogspot.com may in appropriate circumstances and in it's sole dis-creation, terminate the accounts of users that infringe or otherwise violate such rights of others.
Thank you and happy blogging you guys!
SPONTANEOUS THURSDAY #10
Monday, June 30, 2025
MATTEL, TOLONG KEMBALIKAN KUALITI BARBIE SEPERTI DULU
Assalammualaikum WBT & Salam Sejahtera, ni untuk short update tapi untuk you guys yang grew up around 80's or 90's mesti notice yang kualiti mainan dulu dan sekarang dah tak sama. Paling obvious yang I notice is Barbie Doll.
Sedikit background pasal Barbie Doll ni adalah Barbie Doll dicipta oleh Ruth Handler, diperkenalkan pada 9 Mac 1959 di Pameran Alat Permainan Antarabangsa Amerika Syarikat. Ruth mendapat inspirasi daripada anak patung buatan Jerman yang bernama Bild Lilli dan menamakannya sempena nama anaknya, Barbara. Barbie, sebagai boneka fesyen remaja, telah menjadi ikon budaya pop yang popular dan terus berkembang, termasuk dengan pelbagai etnik dan kerjaya.
Bild Lilli adalah anak patung buatan Jerman yang dibuat pada tahun 1955. Awalnya, Bild Lilli dipasarkan sebagai hadiah jenaka untuk orang dewasa dan dijual di kedai-kedai menjual rokok dan bar di Jerman, tetapi kemudian menjadi popular di kalangan anak-anak karena rekaannya yang unik dan pakaian yang boleh diganti-ganti. Ruth Handler iaitu pengasas Mattel kemudian membeli hak cipta untuk Bild Lilli dan mengembangkan menjadi Barbie Doll yang kita kenal sekarang.
Barbie kemudiannya dilancarkan pada 09 Mac1959 oleh Ruth Handler di New York Toy Fair dengan rekaan pakaian mandi bercorak kuda belang
Once in a while kadang-kadang di mall yg ada Toys R Us, I ni masuk la jugak untuk cuci-cuci mata menengok-nengok mainan yang dijual disitu, dan paling obvious kualiti Barbie Doll yang playline set yang dipasarkan untuk budak-budak kecil main dan bukan Collector Edition untuk orang dewasa kualiti sangat-sangat rendah ya macam contoh seperti di bawah:
Agak berbeza jika nak dibandingka dengan Barbie Doll keluaran 1959 sampai ke era 2010 macam tu:
Trivia
Pada Tahun 1999, Mattel pernah mengeluarkan Kebaya Barbie di bawah Songket Series secara exclusive untuk pasaran Malaysia, my adik perempuan pernah ada one of these tapi Barbie yang pakai kebaya merah jambu seperti di bawah:
Saturday, June 21, 2025
How Are You?
Wednesday, June 18, 2025
Thursday, June 12, 2025
SPONTANEOUS THURSDAY #9 (TERKADANG RASA PENAT)
Wednesday, June 11, 2025
Thursday, June 5, 2025
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2025
Sebelum bercuti, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 2025
Saya doakan kamu dan keluarga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Ilahi. Moga Aidiladha ini membawa kedamaian dan ketenangan jiwa kepada semua. Aminnn
P/S: Bagi yang akan pulang ke kampung masing-masing, semoga selamat sampai ke destinasi ya :D
Sekian, Wassalam
Monday, June 2, 2025
TANYONG (TANJUNG) DALAM SIRI EMPRESS OF AYODHAYA ADALAH DARI KERAJAAN MELAYU?
Dalam siri Netflix, The Empress of Ayodhaya terdapat empat (4) orang gundik yang berasal dari 4 keluarga diraja Siam pada masa itu iaitu Lopburi (dari Timur), Sukhothai (dari Utara) , Suphan Bhuri (dari Barat) dan Nakhon Si Tammarat (dari Selatan) dan salah satu yang menarik perhatian aku adalah watak Tanyong atau dalam bahasa melayu 'Tanjung' yang dikatakan berasal dari Kerajaan Melayu Ligor atau sekarang dikenali sebagai Nakhon Si Thammarat.
Menurut sejarah, nama asal Nakhon Si Thammarat adalah Ligor. Kerajaan Ligor adalah antara kerajaan melayu lama yang terletak di selatan Thai. Setelah dijajah oleh Kerajaan Sriwijaya (Srivijaya), Kerajaan Ligor telah menukar namanya kepada Negara Sri Darmaraja (Negara=Nakhon, Sri = Si, Darmaraja = Thammarat).
For those yang berminat nak memahami dengan mendalam tentang perjalanan sejarah dan kekayaan budaya Siam, you guys boleh membeli Buku Kitab Tamadun Siam dari Patriots Publishing, saya dah beli di Shoppee Patriots Publishing dan belum habis lagi baca. (Ini bukan ditaja oleh Patriots Publishing ya).
Oh ya, I am a history lover dan selepas habis baca Kitab Tamadun Siam ni I would like to purchase Kitab Tamadun Melayu I & II dan juga Ilmu Alam Melayu dari Patriots Publishing.
Okay, itu sahaja untuk entri kali ini..if ada yang dah tengok Siri Empress of Ayodhaya di Netflix boleh drop your comment in comment section ya ! :D
Psst...Tanyong ni memang sebutan dari perkataan Melayu iaitu 'Tanjung' dalam dialek Siam. Tak percaya? listen to this song below ya 😎:
Sekian, Wassalam
Wednesday, May 28, 2025
Monday, May 26, 2025
SELESAI HUTANG PERBADANANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
"Sementara itu Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Arif Mohd Kashim, berkata setiap individu yang mendapatkan pembiayaan PTPTN perlu sedar bahawa hukum melunaskan pinjaman pendidikan adalah sama dengan pembayaran hutang membabitkan harta lain seperti kenderaan dan kediaman.
"Lebih 400,000 peminjam yang dilaporkan masih culas membayar balik pinjaman PTPTN, perlu ingat wang itu adalah duit rakyat yang bertujuan membantu pelajar susah untuk menyambung pengajian.
"Mereka yang (gagal melunaskan hutang) akan dipersoalkan Allah SWT di akhirat kelak. Hutang tetap hutang dan jika kita abaikan, hukumnya adalah haram serta berdosa, malah kita akan diperhitungkan di hadapan Allah SWT nanti.
"Jangan memandang ringan hanya kerana ia hutang pelajaran, kerana kita sudah menandatangani surat perjanjian (berkaitan persetujuan untuk membuat bayaran balik)," katanya. "
Alhamdulillah, setelah sekian lama bayar pinjaman PTPTN bulan-bulan akhirnya selesai juga. Ya Allah bersyukur sangat akhirnya dapat langsaikan pinjaman PTPTN ni walaupun bayar mengikut rate dalam perjanjian loan dulu. Sumpah rasa macam mimpi bila dapat settlekan hutang PTPTN ni ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜Alhamdulillah terima kasih PTPTN sebab bagi saya pinjaman untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti.
Dengan PTPTN ni la aku gunakan untuk yuran, perbelanjaan untuk menampung keperluan beli buku-buku yang diperlukan untuk subjek-subjek di Universiti dulu dan untuk print segala assignment/bahan yang diperlukan untuk buat assignment. Yela aku bukan berasal dari keluarga yang senang, abah pun kena tanggung adik-adik lagi yang masih bersekolah masa tu.
Kepada yang masih dalam proses loan repayment tu, I wish you guys all the best! InsyaAllah akan habis juga nanti, lagipun sekarang boleh guna KWSP untuk bayar balik (tapi in my case saya taknak sentuh KWSP, jadi bayar bulan-bulan macam biasa). Tapi for those yang nak guna KWSP untuk settlekan cepat tiada masalah, bergantung pada kemampuan masing-masing ya. Ingat bayar jangan kurang dari rate yang dalam perjanjian PTPTN you guys ya, sebab nanti akan jadi tunggakan dan akan affect CCRIS/CTOS you guys nanti. Kalau tak sampai bila takkan habis pinjaman PTPTN tu.
Sekarang dah senang nak check bila date akan habis pinjaman PTPTN, rate repayment apa semua. you guys boleh daftar MyPTPTN dekat Sini . Aku generate surat selesai bayar balik tu pun dekat situ, MyPTPTN pun ada apps di smartphone yang you guys boleh download.
Okay, taknak panjang-panjang because I just wanna share my happy story dekat you guys. Walaupun ada yang kata eleh settle bayar PTPTN je kot, but saya tak cerita how struggle I am untuk bayar jadi bila dah settle ni rasa happy sangat-sangat.
P/S: Post ini bukan ditaja oleh PTPTN ya
Sekian, Wassalam
Thursday, May 15, 2025
Spontaneous Thursday #8
Assalammualaikum dan good morning
On my previous post I did mentioned yang I just got a Nintendo Switch Oled ("Eh kenapa tak tunggu switch 2 keluar je?" shush, shut up please), Therefore as Nintendo Switch newbie, I would like to seek some suggestions from you guys yang own Nintendo Switch for game yang best-best untuk Nintendo Switch ni.
I did purchased 3 games Nintendo Switch (walaupun second hand game, harga RM100+ juga ya =__=") as below and so far I did enjoy playing these games:
Personal rating: 4.5 over 5
Personal rating: 4.5 over 5 (beli sebab pernah main di PS2 dulu, can't wait for the sequel to come out! XD)
Personal rating: 4 over 5 (Beli sebab kipas susah mati pokemon..tskkk :') )
I did have my own wishlist yang dalam planning untuk beli masa pergi tinjau-tinjau game di mall haritu like:
- Persona 3 reload
- Persona 5 Royal
- Animal Crossing: New Horizon
- Pokemon Scarlet
- Pokemon Legend Arceus
- Legend of Mana HD
- Little Nightmare I & II
- Super Smash Bros Ultimate
- Mario Odyssey
- Mario Kart
- Legend of Zelda: Breath of Wild
So if you guys have suggestion game for Nintendo Switch yang best-best kindly leave your suggestion at the comment section ya, oh it can include cozy games too since I suka jugak main game Story of Seasons. Thank you in advance ! 💋😆
Sekian, Wassalam
Tuesday, May 13, 2025
MAINAN ZAMAN 90an YANG PERNAH MENJADI WISHLIST
Pernahkah anda mendengar istilah Baby Boomers, Gen X, Y (millenium/millenials), Z dan Alpha? Okay kalau belum tahu marilah kita mengambil tahu sedikit sebanyak apa sebenarnya istilah tersebut dan anda semua merupakan generasi yang mana satu.
Nah there you go:
Generasi Baby Boomers
Generasi yang lahir di tahun 1946 - 1964 , sebab digelar baby boomers kerana pada masa selepas perang kadar kelahiran meningkat secara pesat setelah beransur pulih daripada kesulitan masa perang.
Generasi X
Generasi yang lahir di tahun 1965 - 1980
Generasi Y
Generasi yang lahir di tahun 1981 - 1996
Generasi Z
Generasi yang lahir di tahun 1997 - 2010
Generasi Alpha
Generasi yang lahir di tahun 2010 dan ke atas (sekarang)
Nak dijadikan cerita baru-baru ini terlayan satu American Sitcom yang title Fresh Off The Boat dekat Disney Hotstar, rating yang aku bagi untuk sitkom ni 4.5/5 sebab bagi aku memang best
Jadi sitkom ni berdasarkan Autobiography Chef dan Food Personality Amerika Eddie Huang dengan tajuk yang sama iaitu 'Fresh Off The Boat', sitkom ni based on pengalaman sendiri Eddie Huang dengan keluarga dia yang merupakan imigran dari Taiwan di negara Uncle Sam (Amerika Syarikat) di tahun 1990.
Disebabkan aku Gen Y yang lahir around 1992 (ehem..but i'm forever 21 ya) and latar masa sitkom itu adalah tahun 1990, jadi sedikit sebanyak mengimbau kenangan membesar di zaman itu sebab there are so many gadgets and toys, music, pop culture etc yang in masa zaman tu ditonjolkan dalam sitkom Fresh Off The Boat.
Jadi me as a budak yg membesar pada zaman itu, memang untuk tau gadgets, toys yang tengah in dan on sale adalah berdasarkan iklan yang keluar di TV atau majalah/newspaper pada zaman tu. Jadi pada masa tu as a budak kecik yang dari keluarga yang sederhana hanya mampu menyimpan angan-angan untuk memiliki toys yang pernah nampak di iklan di kaca televisyen dan majalah/surat khabar. (hmmm bila dah ada duit sendiri dah takde jual pulak 😓)
As listed adalah yang toys yang pernah jadi wishlist zaman membesar dulu-dulu:
Tamagotchi & Cyberpets
Play Doh
Dulu selalu keluar iklan dia di tv, tapi masa dulu mampu beli plastisin murah beli di kedai runcit lepastu kena marah sebab lantai ada kesan minyak and comot :')
Furby
Sangat comel and dia cakap dalam bahasa dia sendiri, dulu pernah nampak di Toys R Us tapi harga agak keras..tskkk :')
Gameboy Color
Barbie Doll
Pernah tumpang main sama-sama yang adik sepupu punya bila dia balik di rumah nenek dari KL, tapi sorry to say Barbie dulu-dulu kualiti sangat bagus even yg playline punya set, sekarang untuk playline punya kualiti hampeh..nak cantik kena beli yg collector edition yang harga mahal gila. Mattel please improve your playline set macam dulu-dulu, sekarang nak beli untuk anak buah perempuan pun macam tak padan harga dengan kualiti =______="
Remote Control Cars
Dulu pernah merengek-rengek dekat abah nak remote control car bila ternampak dalam katalog Makro dekat page toys section, disebabkan itu abah belikan :') terima kasih abah belikan anakmu ini remote control car..bertahan juga dalam 5 tahun sebelum betul-betul rosak. Jenama yang mahal masa tu kalau tak silap Nikko, kakak sepupu pernah kerja di kilang tu di Pulau Pinang tapi dalam tahun 2008 dah tutup kalau tak silap.
As listed above is my wishlist mainan/gadget yang pernah teringin nak dan alhamdulillah ada yg dapat, kalau boleh diputarkan masa nak kembali semula ke zaman tu yang stress free, tak payah fikir komitmen apa semua. Tapi apakan daya itu semua tidak dapat kembali dan menjadi kenangan manis dalam hidupku. Tapi kadang-kadang ada jugak beli toys untuk diri sendiri, bak kata orang 'to heal my inner child'. Kalau tak silap di Pulau Pinang ada Toys Museum, jadi sesiapa yg happen pergi Pulau Pinang untuk bercuti boleh la singgah.
Okay sekian saja penulisan ku untuk hari ini (walaupun takde yang baca pun blog dah zaman sekarang 😂 wakakaka).
Sekian, Wassalam
Artikel ini telah tayang di Kompas.com dengan judul "Mengenal Apa Itu Generasi Baby Boomers, X, Y, Z, Millenials, dan Alpha", Klik untuk baca: https://www.kompas.com/tren/read/2021/12/26/170000565/mengenal-apa-itu-generasi-baby-boomers-x-y-z-millenials-dan-alpha?page=all.
Kompascom+ baca berita tanpa iklan: https://kmp.im/plus6
Download aplikasi: https://kmp
Artikel ini telah tayang di Kompas.com dengan judul "Mengenal Apa Itu Generasi Baby Boomers, X, Y, Z, Millenials, dan Alpha", Klik untuk baca: https://www.kompas.com/tren/read/2021/12/26/170000565/mengenal-apa-itu-generasi-baby-boomers-x-y-z-millenials-dan-alpha?page=all.
Kompascom+ baca berita tanpa iklan: https://kmp.im/plus6
Download aplikasi: https://kmp.im/app6