Tahukah anda yang Mattel pada tahun 1999, Mattel pernah mengeluarkan Kebaya Barbie di bawah Songket Series secara exclusive untuk pasaran Malaysia
Dan pada tahun sebelumnya iaitu pada tahun 1998, Mattel mengeluarkan Barbie Edisi Khas iaitu Malaysian Barbie sebagai 'doorgift' kepada delegasi-delegasi APEC yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun tersebut. Barbie Edisi Khas ini bukan untuk pasaran umum kerana ianya diberikan secara percuma kepada delegasi-delegasi APEC 1998. Jika you guys dapat beli ianya boleh dikatakan 'rare' jugak lah.
Di Malaysia, pengumpul anak
patung termasuk Barbie terbanyak yang diiktiraf Malaysia Book of Records
adalah Elizabeth Chrysotom dari Petaling Jaya. Beliau telah mengumpul
sebanyak lebih 1,000 koleksi anak patung termasuk Barbie dan Sindy dan
diberi julukan 'Ratu Barbie Malaysia'.
P/S: Ada peminat Barbie doll di sini?
Sekian, Wassalam
21 comments:
Terima kasih sudi singgah di blog saya.
Tak boleh pula follow di sini.
Terima kasih sis sudi singgah juga..sama2, boleh follow melalui section followers yang saya letak di sebelah kanan blog ni :D
kunjungan balas.
kita terpaling takot dgn doll seakan human begini.
pernah dulu ada doll kita campak dalam longkang, sebab jenis mata boleh berkelip. rasa doll tu hidup memalam.
Tak simpan doll kat rumah
Salam kunjungan kembali. Orang kedah ke?
masa anak2 sy kecil, sy selalu belikan mrka barbie dolls. guna sekejap..lama2 patah riuk tangan n kaki mrka...
Menarik ..barbie cute
Dulu pernah sekali je beli barbie. Masatu pun harga dia mahal jugak. Sekarang rasanya ada beratus jugak kot
bukan ada juga ke barbie yang pakai tudung? tu pun rare juga walaupun pakai tudung pun senget benget
Masa kecik, ada la main. Sekarang sudah hilang entah ke mana, rasanya orang tua sudah sedekah, koleksi barbie dulu, waktu pindah rumah dan kita pula masuk asrama.
kalau jual ni kompem ramai bid harga tinggi... barang rare kannn... tp baju barbie tu betul ke drpd songket asli?
Saya dah tak koleksi 🤣. Saat junior high school, dah tak main boneka lagi. Jadi semua barbie 1-1 pun hilang atau rusak dimainkan oleh adik 😅
Ye tau..sebab abang petani kannn
Haha..baby doll jenis tu dulu famous kt pasar malam ada jual
Adik saya abah belikan yg kebaya barbie dulu tu..sayang pulak dia tak simpan elok2...sekarang orang jual dlm box 500-800 ringgit tau cikgu
Dulu kualiti okay barbie..now dah drop, kena beli yg collectors edition untuk kualiti yg okay.
Terima kasih sudi singgah..penang dan kedah :D
Ye sis..dulu 30 lebih dengan gaji parents kita masa tu boleh dikira mahal..now ada yg 69-89 hingga 100 lebih
Ala sayangnya..kalau tak boleh preloved kt pengumpul barbie..diorang suka cari balik barbie yg keluaran dulu2..harga 1 je dah mencecah 120 ke atas ikut type
Rasa bukan songket asli..dia print mcm songket punya corak je..I penah jumpa di carousell Barbie Kebaya dalam 2 box tak pernah bukak dia iklan utk jual RM900 per pieces, seller tu nak letgo sebab kemas2 stor rumah nak pindah and it was her collection masa dia sekolah rendah dulu.
Kilang Mattel utk produksi Barbie di Jakarta Indonesia kan mbak?
Post a Comment